• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPFN Tidak Buat Sebarang Keputusan Pelan Induk PSR

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) semalam tidak membuat sebarang kelulusan atau persetujuan ke atas cadangan Pelan Induk Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR).

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, sebaliknya majlis itu telah menasihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui 18 nasihat yang telah digariskan beserta dengan ulasan dan nasihat tambahan daripada pelbagai pihak.

Katanya, antara pihak tersebut adalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Kerajaan negeri juga dinasihatkan untuk terus mengadakan perundingan bersama masyarakat setempat dan rakyat yang akan terkesan daripada pembangunan ini dan memastikan keperluan mereka diberi perhatian sewajarnya.

“Suka juga diingatkan bahawa permohonan ini perlu mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada agensi yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Khalid berkata, memandangkan permohonan yang dikemukakan ini berbentuk pelan induk, ia perlu dikemukakan semula untuk mendapatkan nasihat majlis di bawah subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan PSR seluas 2,600 hektar bagi membentuk tiga pulau buatan yang akan digunakan untuk membiayai pelbagai projek dirangka menerusi Pelan Induk Pengangkutan (PIP) termasuk terowong dasar laut dan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).

Pengumuman itu menerima bantahan Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang menyifatkan projek itu hanya menguntungkan para pemaju serta pihak bank namun tidak ada sebarang kebaikan diperoleh rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tags: MPFNprojek tambakan lautPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pulau Pinang Tunggu Keputusan EIA Terbaharu PSR

Pulau Pinang Tunggu Keputusan EIA Terbaharu PSR

03/09/2022
0

Georgetown : Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu keputusan laporan penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau...

1,000 Nelayan Sanggup Tak Turun Ke Laut, Bantah PSR

04/11/2019
0

GEORGETOWN - Kira-kira 1,000 nelayan Pulau Pinang berkumpul di Padang Kota Lama di sini bagi menyatakan bantahan berhubung cadangan Projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd