• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong Dasar Laut Diteruskan, Kontraktor Bersih

oleh
17/04/2019
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar dua surat membersihkan nama Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. dan Pengarah Eksekutifnya, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli daripada sebarang salah laku.

Berikutan perkembangan terbaharu itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang dan tiga jalan yang bernilai RM6.3 bilion akan diteruskan.

Memetik laporan potal FMT, beliau berkata, kes mahkamah yang masih berjalan tidak menyasarkan Zarul atau syarikat itu kerana rasuah, sebaliknya disebabkan seorang individu yang memperdaya Zarul untuk mendapatkan “sejumlah besar wang”.

Kes itu membabitkan ahli perniagaan, G Gnanaraja yang didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu Zarul sebanyak RM19 juta pada 2017, dengan memperdaya Zarul untuk percaya Gnanaraja boleh membantunya menutup siasatan pengubahan wang haram terhadapnya oleh SPRM.

“SPRM menghantar 2 surat menyatakan tiada tindakan diambil terhadap mereka, selepas mereka menjalankan siasatan.

“Dengan itu, persoalan itu tidak timbul,” katanya merujuk cadangan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) untuk menggantung projek pembinaan terowong dasar laut dan 3 jalan itu sementara menunggu siasatan SPRM.

“Ia adalah isu yang sudah ditutup, setahu kita,” katanya dalam sidang media di Komtar hari ini.

Semalam, C4 menggesa Pulau Pinang menggantung projek itu susulan kebimbangan terhadap “kontroversi dan misteri” yang menyelubungi projek berkenaan.

Ia turut menggesa SPRM mempercepatkan siasatannya untuk menyingkap “semua kemungkinan salah laku” membabitkan projek itu dan kontraktornya.

Chow berkata, kes Zarul ialah kes “terpinggir dan tiada kaitan” dengan kerajaan Pulau Pinang dan ia tidak membabitkan cara tender kerajaan itu diberikan.

“Ia hanya seorang individu yang mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk mendapatkan sejumlah besar wang. Ia adalah kes terpencil dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: Chow Kon YeowDAP Pulau Pinangterowong dasar laut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

04/12/2025
0

Satu insiden pertikaman lidah dilaporkan berlaku antara pekerja pemotongan pokok dengan Exco negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,...

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd