Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

CUEPACS Minta Kerajaan Laksana...

KUALA LUMPUR : CUEPACS meminta kerajaan memberi fokus untuk melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan...

Sunway Pyramid Tawar ‘Tatu’...

PENCULIKAN kanak-kanak merupakan antara isu yang sering kita dengar terjadi di Malaysia. Ianya...

Aidil Akui Guna No...

SUSULAN isu hangat Aidil Zafuan membuat laporan polis ke atas Rita Rudaini kerana...

Wanita China Ludah Butang...

CHONGQING - Seorang wanita China bertindak meludah butang lif di bandar Chongqing yang...

Projek Bandar Malaysia Diteruskan Semula – Mahathir

KERAJAAN Persekutuan memutuskan untuk meneruskan semula projek Bandar Malaysia, yang sebelum ini diberhentikan secara tiba-tiba sejak May 2017, kata Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir berkata, keputusan meneruskan semula projek berkenaan dibuat selepas Putrajaya meneliti bahawa pemaju projek merupakan sebuah syarikat yang turut mempunyai saham Putrajaya, bukan sepenuhnya milik China.

“Selepas kita lakukan siasatan, sebenarnya syarikat China hanya memiliki pegangan saham sebanyak 24% selebihnya dimiliki syarikat Malaysia. Putrajaya pula memiliki pegangan saham sebanyak 40%.

“Disebabkan itu kita mahu kembalikan semula projek Bandar Malaysia. Kita mahu ia berjalan semula,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, projek Bandar Malaysia akan memberi impak positif kepada ekonomi Malaysia dan menjadi hab global bagi menarik institusi kewangan global, tekonologi dan firma keusahawanan yang berimpak tinggi.

“Projek ini dijangka boleh menjana impak besar kepada pembangunan bandar untuk Malaysia, bagi menarik pelaburan langsung asing dan menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion.

“Tambahan pula, syarikat tenologi gergasi seperti Alibaba dan Huawei sudah menyatakan minat untuk membangunkan pusat ICT mereka,” katanya.

Jelas Dr. Mahathir, pembangunan Bandar Malaysia tidak sepenuhnya tertumpu kepada pembangunan untuk golongan berpendapatan tinggi, sebaliknya sebanyak 10,000 buah rumah mampu milik akan turut dibina.

“Putrajaya mengalu-alukan komitmen IWH-CREC membuat pembayaran pendahuluan RM500 juta sebagai pembayaran deposit asal keseluruhan sebanyak RM741 juta, yang akan dibayar dalam masa 60 hari dari tempoh kerajaan meneruskan semula projek ini.


“Bandar Malaysia akan menjadi perintis dalam pembinaan bandar terancang dan menjadi sebuah pembangunan yang berorietntasikan transit (TOD).

“Ia akan mengoptimumkan jumlah ruang kediaman, perniagaan dan rekreasi. Bahkan turut menyumbang ke arah persekitaran yang lebih hijau,” katanya.

Keputusan meneruskan projek Bandar Malaysia dibuat seminggu selepas kerajaan mengumumkan akan meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pada masa sama, Dr. Mahathir turut mengulas mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru, selepas Richard Malanjum bersara wajib pada 12 April lalu.

“Nampaknya ada peruntukan yang perlu dilalui untuk melantik ketua hakim baru. Ia perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja Melayu, bukan sahaja Yang Di Pertuan Agong.

“Kita sudah maklumkan. Kita perlu memaklumkan juga kepada Raja-raja Melayu yang lain dan kita menunggu maklum balas dan pengesahan daripada mereka,” katanya. – FMT

Kategori