Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Agong Berangkat Ke Istiadat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba...

Doa Netizen Untuk Lee...

KUALA LUMPUR - Bersatu di belakang  bekas wira badminton nombor satu dunia, para netizens hari...

Datuk 75 Tahun Meninggal...

SEORANG lelaki berusia 75 tahun di Britain menghembuskan nafas yang terakhir dengan tenang...

Mengenai Kos Sara Hidup,...

KUALA LUMPUR – Rakyat kini sedang menunggu-nunggu pembentangan Bajet Negara 2018 yang Perdana...

PRK Rantau: Pengundi Diminta Keluar Mengundi Sabtu Ini

SEREMBAN – Pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diminta menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PKR) DUN itu, Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pengundi juga dinasihatkan merancang masa dan keluar pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir walaupun waktu mengundi telah ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, pada hari pengundian, pengundi perlu membawa kad pengenalan dan Kad Pengundi atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran mengundi.

“Kad Pengundi dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi,” katanya.

Bagaimanapun, Azhar Azizan berkata bagi pengundi yang tidak menerima Kad Pengundi kerana telah berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian, mereka disaran agar membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi.

Selain portal rasmi SPR di www.spr.gov.my, semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8892701, aplikasi MySPR Semak atau SMS ke 15888 (taip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN)


Sebanyak 20,793 orang daripada 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi pada Sabtu ini dan daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang telah mengundi secara pos.

PRK DUN Rantau, Sabtu ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram, calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah.

Kategori