Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Penanaman Padi Bakal Guna...

BESUT - Petani yang terlibat dalam Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Terengganu Utara (Ketara) bakal mengguna pakai teknologi penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bajet 2023: RM500 Inisiatif...

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off...

Real Madrid Juara UEFA...

REAL Madrid menjulang trofi UEFA Super Cup 2016 telah mendapat gelaran ketiga di pertanding...

Tiada Sindrom Penafian Dalam...

JULAU - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa...

Pos Malaysia Jual Setem Spesies Lebah Madu

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem baharu menampilkan spesies lebah untuk menanam kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan dan mendapatkan madu yang betul bagi memastikan serangga itu tidak pupus.

“Siri setem lebah madu di Malaysia akan mula dijual pada 9 April,” kata Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah pada sesi taklimat media di sini, hari ini.

Spesies lebah madu yang dipaparkan dalam siri setem itu ialah Apis Dorsata (Lebah Tualang), Apis Cerana (Lebah Kampung) dan Apis Andreniformis (Lebah Kerdil Hitam).

“Sebanyak 600,000 keping (200,000 keping bagi setiap paparan) setem akan dihasilkan bagi siri ini. Setiap helaian setem berharga RM12 dan mengandungi 20 keping setem.

“Selain itu, Pos Malaysia juga akan mengeluarkan 22,000 Lembaran Mini (MS) menampilkan ratu lebah Kelulut, lebah jantan dan lebah pekerja (Heterotrigona Itama) serta 27,000 Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dengan brosur percuma,” katanya.


Beliau berkata, set folder lengkap dijual pada harga RM52.80 setiap set yang mengandungi helaian setem, MS dan FDC yang boleh dibeli melalui www.eziemall.com atau di pejabat Pos Malaysia terdekat atau Kompleks Dayabumi.

“Orang ramai digalakkan membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) untuk memudahkan urusan pembelian siri setem terbaharu ini dan menikmati manfaat eksklusif yang ditawarkan SODA,” katanya.

Kategori