• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Bas Pekerja Berlumba Dengan Bas Lain

oleh
10/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis sedang menyiasat terdapat dakwaan mengatakan bas perkerja yang terbabas ke dalam longkang sehingga mengorbankan 12 mangsa di Jalan S8 Pekeliling dekat MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) Ahad lalu berlumba dengan sebuah bas lain.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, seorang mangsa yang terselamat dalam insiden tersebut mendakwa bas kilang itu berlumba sebelum nahas berlaku.

Jelasnya, bagaimanapun, keterangan itu masih belum dapat disahkan dan polis sedang menyiasat lebih lanjut dakwaan tersebut.

“Ia hanya dakwaan seorang mangsa yang mengatakan bas itu berlumba ekoran pemandu memandu dalam keadaan laju seolah-olah seperti sedang berlumba.

“Sekiranya bas itu berlumba, kita perlu menyiasat secara terperinci dan mengenal pasti laluan pergerakan kenderaan tersebut sebelum memasuki Bulatan Minyak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha untuk mengenal pasti punca kemalangan bas pekerja yang mengorbankan 12 mangsa itu.

Selain keterangan mangsa yang terselamat, rakaman CCTV itu dapat membantu pihak polis dalam meneruskan siasatan kemalangan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, menurut Zulkifli, polis sudah meneliti CCTV namun, rakamannya tidak jelas ekoran kamera tersebut terletak jauh dari lokasi kejadian.

“Berdasarkan keterangan kebanyakan mangsa yang terselamat, mereka mendakwa bas itu dipandu laju malah hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang kesan brek di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, laporan lanjut akan diperoleh selepas pemeriksaan mekanikal selesai dijalankan ke atas bas kilang itu di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah Zulkifli, pihaknya masih belum menerima laporan mengenai hasil bedah siasat pemandu bas berkenaan dari Hospital Serdang dan perkembangan mengenai perkara itu akan dimaklumkan kelak. – K! ONLINE

Tags: bas pekerjakemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd