• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Peruntukan Masjid RM1.6 Juta Dah Lulus Sejak Zaman BN”

oleh
01/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Peruntukan membaiki Masjid At Taqwa, Padang Tembak berjumlah RM1.6 juta merupakan permohonan dan kelulusan daripada kerajaan terdahulu ketika BN masih memerintah.

ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen permohonan dan kelulusan selepas Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mengumumkan dia berjaya membawa peruntukan berkenaan, baru-baru ini.

“Untuk rekod RM1.6 juta bagi Masjid At Taqwa adalah permohonan dan kelulusan semasa kerajaan BN sebelum PRU14, saya ada surat menyurat, malah kerja-kerja soil test telah pun selesai dijalan.

“Kini ada orang mengaku berjaya bawa RM1.6 juta, tidak mengapalah yang penting kita nak selesaikan isu mendapan masjid berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Ditanya mengenai peruntukan RM150,000 bagi Masjid An Naim, Taman Seri Setia, yang diumumkan Kor Ming, Mohd Azhar memakluman itu adalah tanggungjawab Kor Ming sebagai wakil rakyat kerajaan hari ini.

“Alhamdulillah ada juga sedikit peruntukan yang disalurkan kepada Masjid An Naim, tetapi semasa zaman BN kami memberi peruntukan RM340,000 untuk Dewan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), bilik jenazah dan stor.

“Sebagai wakil rakyat kerajaan menjadi tanggungjawab mereka sebab peruntukan tersebut bukan daripada duit poket mereka tapi daripada duit rakyat yang diurus oleh agensi kerajaan,” katanya.

Mohd Azhar turut memaklumkan semasa BN menjadi kerajaan pihaknya menerima peruntukan menaik taraf masjid dan surau dalam Parlimen Teluk Intan sebanyak RM1 juta setiap tahun untuk diagihkan kepada DUN Changkat Jong dan Pasir Bedamar.

“Saya harap Kor Ming boleh juga bawa peruntukan yang sama atau lebih ke Teluk Intan berkaitan masjid dan surau setiap tahun,” katanya.

Sebelum ini, Kor Ming dalam kenyataan memaklumkan pihaknya berjaya membawa peruntukan RM1.6 juta bagi Masjid At Taqwa dan RM150,000 Masjid An Naim di Teluk Intan diluluskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. – Sinar Harian

Tags: DAP PerakmasjidNga Kor Ming
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inkues Adib: 12 Tangkapan Dibuat Polis

Next Post

2 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

2 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd