Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Individu Sebar...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu atau pihak tertentu...

Putera Charles Iringi Meghan...

LONDON - Selepas bapanya dilaporkan tidak akan hadir ke majlis perkahwinannya, tunang Putera...

Apple Punyai Lebih 800...

RAMAI pengguna yang sering memuji akan kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera iPhone...

Pawang Buaya Maut Dibaham...

SAMARINDA (Indonesia) - Seorang lelaki yang mengaku pawang buaya maut dibaham buaya kelmarin...

Permohonan Najib Isytihar 7 Pertuduhan Cacat Ditolak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan tujuh pertuduhan berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Najib selaku pemohon yang membuat notis usul pengisytiharan bahawa tujuh pertuduhan itu adalah cacat.

Dalam penghakimannya, Mohd. Nazlan berkata, tujuh pertuduhan yang didakwa ke atas Najib tidak rosak dan cacat apabila pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang terkandung dalam tujuh pertuduhan tersebut adalah berbeza antara satu sama lain.

“Tiada kerosakan dalam pertuduhan ini jadi adalah tugas pihak pendakwaan untuk membentangkan dan mahkamah akan menilainya.

“Perbicaraan sudah berjalan sembilan hari dan soal balas sudah dikemukakan oleh pihak pembelaan sendiri, jadi tidak boleh mengatakan bahawa Najib diprejudiskan,” kata Mohd. Nazlan.

Menurutnya lagi, tiada kekaburan atas posisi apa Ahli Parlimen Pekan itu didakwa sama ada sebagai bekas Perdana Menteri atau Menteri Kewangan dan hujah dakwaan bahawa pertuduhan itu adalah cacat disifatkan tiada asas.

Najib pada 3 April lalu memfailkan notis usul bagi menuntut pengisytiharan bahawa tujuh tuduhan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana SRC Intertional Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta yang dihadapinya, adalah cacat.


Perbicaraan kes tersebut sudah masuk hari yang kesembilan dan pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai 21 orang saksi yang memberi keterangan.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.

Kemudian, pada 8 Ogos tahun sama, Najib sekali lagi didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama daripada dana sama milik SRC.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Kategori