• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Najib Batal 7 Tuduhan SRC Diketahui Isnin

oleh
26/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan Isnin ini untuk membuat keputusan dalam permohonan notis usul yang dikemukakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh pasukan peguambela Najib dan hujahan balas pendakwa raya dalam satu prosiding pendengaran hari ini.

Dalam hujahannya, peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata, Mahkamah Tinggi wajar membatalkan tujuh pertuduhan ke atas anak guam mereka kerana pertuduhan itu tidak jelas dan cacat.

Beliau berkata, pendakwaan ke atas anak guamnya perlu jelas dan khusus bagi membolehkan anak guamnya mengetahui dengan lebih tepat mengenai pertuduhan yang dihadapi.

“Ianya perlu bagi membolehkan pasukan pertahanan mempersiapkan pembelaan yang berkesan,” katanya.

Selain itu Mohd Yusof berkata, dakwaan pecah amanah terhadap Najib tidak menyatakan bagaimana kesalahan itu dilakukan kerana di bawah kesalahan itu termasuk lima elemen dilakukan dengan tidak sengaja, menyalahgunakan, menukarkan kegunaan sendiri, atau menggunakan harta secara tidak jujur.

Tambahnya, pendakwaan tidak boleh menuduh Najib dengan dua kesalahan pecah amanah yang berbeza dan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah lebih RM42 juta pada masa yang sama.

Sehubungan itu, katanya, tidak ada kesan prejudis kepada pihak pendakwaan jika mahkamah membenarkan usul tersebut kerana pihak pendakwa bebas untuk meminda tuduhan itu malah mengenakan pertuduhan baru terhadap Najib yang lebih mengikut undang-undang.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram membantah notis usul tersebut kerana ianya tidak bermerit dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau berkata, permohonan Najib adalah ‘pramatang’, kerana mereka boleh mencabar tuntutan di akhir perbicaraan setelah semua bukti telah didengar.

Tegasnya tuduhan ke atas Najib tidak prejudis kerana berdasarkan cara pasukan peguam bela Najib menyoal balas saksi-saksi pendakwaan semasa perbicaraan yang sedang berlangsung menunjukkan bahawa mereka jelas mengenai dakwaan terhadap Najib.

Najib pada 3 April lalu memfailkan notis usul bagi menuntut perisytiharkan bahawa tujuh tuduhan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana SRC Intertional Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta yang dihadapinya, adalah cacat.

Perbicaraan kes tersebut sudah masuk hari yang ke-9 dan pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai 21 orang saksi yang memberi keterangan.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. – Sinar Harian

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd