• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwaan Kes SRC Mohon Tunda Bicara Kes 1MDB

oleh
30/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tujuh tuduhan berhubung SRC International berjumlah RM42 juta, hari ini memohon supaya perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu ditunda bagi membolehkan kes SRC diselesaikan terlebih dahulu.

Pendakwa Raya selaku pemohon memfailkan notis usul bagi memohon perintah supaya perbicaraan kes 1MDB ditunda sementara menunggu perbicaraan kes SRC diselesaikan di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Najib selaku responden.

Menerusi notis usul itu yang difailkan hari ini, Pendakwa Raya turut memohon perintah atau arahan lanjut daripada mahkamah yang difikirkan wajar berhubung perkara itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan dalam afidavit yang diikrarkan bersama notis usul itu berkata perbicaraan kes SRC bermula 3 April lepas sehingga 10 Mei ini di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan sehingga kini, pihak pendakwaan telah memanggil 21 saksi pendakwaan.

Beliau berkata perbicaraan kes 1MDB pula dijadualkan bermula pada 14 Mei ini manakala tarikh lain yang ditetapkan ialah 15 dan 17 Mei; 28, 29 dan 31 Mei; 10, 11, 12, 13 dan 14 Jun; serta 18, 20 dan 21 Jun.

Muhammad Izzat berkata semalam pihak pendakwaan memaklumkan bahawa mereka akan menulis surat kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah yang akan mendengar perbicaraan kes 1MDB itu bagi memohon supaya perbicaraan kes itu ditunda, yang mana tiada bantahan daripada pihak pembelaan.

“Hakim Mohd Nazlan juga memaklumkan beliau tiada bantahan untuk meneruskan perbicaraan kes SRC pada tarikh yang dijadualkan untuk perbicaraan kes 1MDB dengan syarat Hakim Sequerah menunda perbicaraan kes berkenaan,” katanya dalam afidavit.

Muhammad Izzat berkata pihaknya telah mengarahkan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib untuk menulis surat kepada Hakim Sequerah bagi memohon satu tarikh sebutan hari ini, pukul 9 pagi supaya mereka hadir bagi memohon perbicaraan kes 1MDB ditunda.

Beliau bagaimanapun berkata selepas surat itu dihantar semalam pihak mahkamah (Hakim Sequerah) kemudiannya membalas surat itu dan memaklumkan bahawa penangguhan perbicaraan kes 1MDB ditolak.

Muhammad Izzat berkata demi kepentingan semua pihak termasuk saksi yang disapina untuk menghadiri perbicaraan kes SRC, kes membabitkan bekas Perdana Menteri itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

“Permohonan ini juga tidak akan memprejudiskan tertuduh dalam kes ini,” katanya. Muhammad Izzat turut memfailkan perakuan segera supaya notis usul itu didengar sebelum tarikh perbicaraan kes 1MDB pada 14 Mei ini kerana kes berkenaan juga adalah kes kepentingan awam.

Najib menghadapi 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Tags: 1MDBNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd