• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Tadbir DBKL Didakwa Terima Rasuah Rumah Urut

oleh
11/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan seorang pembantu tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima rasuah berjumlah RM1,500 daripada pengusaha sebuah rumah urut, Mei tahun lalu mengundang padah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Qairul Redza Mohd. Hadzri, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan wang tunai berjumlah RM1,500 daripada Gilbert Juin Anak Danu, 37, sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap sebuah rumah urut di Platinum Walk, Setapak Kuala Lumpur.

Perbuatan tertuduh yang merupakan pembantu tadbir di Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja Unit Penyelenggaraan, DBKL dilakukan di sebuah restoran di Ampang Point, Taman Dato Razali, Ampang pada pukul 10 malam pada 28 Mei tahun lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Hazirah Azeman menawarkan jaminan sebanyak
RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Mohd. Firdaus Ahmad mewakili tertuduh memohon penguruangan wang jamin tersebut serta meminta mahkamah membenarkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berikutan anak guamnya itu turut menghadapi lima pertuduhan di sana.

Rozilah kemudiannya membenarkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menetapkan jaminan RM5,000 ke atas Qairul Redza dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar wang jamin tersebut dan sebutan semula kes ditetapkan 30 April depan. – K! ONLINE

Tags: DBKLrumah urutSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video TMJ Koyak Tisu, Netizen Kaitkan Syed Saddiq

Next Post

Pasukan Inkues Adib Lawat Van EMRS

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

Pasukan Inkues Adib Lawat Van EMRS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd