• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Digesa Henti Ganggu Perbicaraan Adib

oleh
20/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membatalkan pengakuan bersumpah Timbalan Pendakwa Raya yang mengatakan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim bukan akibat dipukul.

Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, hal itu kerana perkara tersebut telah mengganggu perjalanan perbicaraan ke atas suspek-suspek yang terlibat memandangkan inkues masih belum selesai ketika ini.

“Biarlah mahkamah yang membuat keputusan dalam kes ini. Pertuduhan ke atas suspek perlu dipinda daripada cubaan membunuh kepada membunuh di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan seperti yang disyorkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita kesal suspek telah dibebaskan walaupun polis memohon kepada pendakwa raya untuk mengubah pertuduhan yang telah diberikan sebelum ini. Perkara ini amat luar biasa dan meragukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut mempertikaikan gangguan-gangguan daripada Pejabat Peguam Negara walaupun inkues sedang berjalan yang seolah-olah cuba untuk mempengaruhi saksi kes selain memberi tekanan kepada koroner dalam membuat pendengaran serta penghakiman.

Katanya, persoalan juga timbul apabila segala gangguan yang dilakukan itu seolah-olah cuba untuk melindungi suspek selain menunjukkan sistem keadilan negara sudah tidak mempunyai kredibiliti.

“Di mana ikrar ‘rule of law’ yang digembar-gemburkan selama ini? Mana keadilan buat Muhammad Adib, pasukan bomba dan keluarganya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Muhammad AdibPERKASATommy Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Bida Anjur Piala Dunia Mobile Legends

Next Post

Kon Yeow Berbohong Status Lulus Projek PSR

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

Next Post

Kon Yeow Berbohong Status Lulus Projek PSR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd