• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bida Anjur Piala Dunia Mobile Legends

oleh
20/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends, tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jika benar penganjuran Piala Dunia itu akan diadakan pada tahun depan, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk membawa kejohanan itu ke negara ini.

“Kalau boleh kami akan cuba sebaik mungkin. Nanti saya akan semak dengan pasukan KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN), begitu juga persatuan e-sukan kerana mereka pun ada persatuan antarabangsa.

“Kalau boleh memang kita hendak bawa Piala Dunia itu ke Malaysia,” kata Syed Saddiq selepas merasmikan program sukan Projek Perumahan Rakyat (PPR) peringkat negeri Selangor di PPR Lembah Subang Dua, hari ini.

Astro Awani sebelum ini melaporkan, pembangun e-sukan mudah alih popular Mobile Legends – Moonton merancang untuk mengadakan kejohanan peringkat dunia pada tahun depan.

Moonton juga bercadang untuk mengadakan kejohanan di peringkat Asia, Eropah dan Amerika Syarikat berikutan peningkatan jumlah pemain di rantau itu.

Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih dalam talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton pada 2016.

Bagi setiap satu perlawanan, 2 kumpulan akan bertarung untuk ‘memusnahkan” pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama perlu mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang disediakan.

Tags: e-sukanKBSmobile legendsSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd