• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Berpangkat ASP Didakwa Terima Rasuah

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM17,000 pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Maizaili Mohamed, 53, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM17,000 dari Toh Seng Huat melalui akaun Maybank Islamic Berhad miliknya yang merupakan hasil aktiviti haram.

Pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad cawangan Muar, No. 104, Jalan Abdullah 80400, Muar, Johor antara 16 Februari hingga 15 Mei 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd. Farez Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi pengurusan dan lantikan peguam pada 8 Mei ini.

Semalam, SPRM dalam satu kenyataan media memaklumkan tentang penahanan pegawai kanan polis itu kira-kira pukul 2.30 petang di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberi keterangan.

Menurut SPRM, tertuduh dipercayai menerima wang berjumlah RM17,000 hasil aktiviti haram membabitkan kegiatan perjudian di sekitar negeri Melaka.

Tags: pegawai polisrasuahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd