• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PATI Kem Penempatan Wang Kelian Perlu Bayar RM2,000

oleh
19/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemukan di kem penempatan sementara Wang Kelian perlu membayar RM2,000 kepada satu pihak agen jika ingin memasuki negara ini.

Perkara itu didedahkan oleh Kompeni Komandan B Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Deputi Superintenden M. Joeking kepada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian di sini, hari ini.

Menurut saksi kelima RCI itu, salah seorang daripada 38 warga asing yang ditahan memaklumkan kepada pihaknya bahawa mereka telah memasuki ke negara ini dengan menaiki kapal.

“Dia juga memberitahu telah berjalan kaki sehingga ke dalam hutan dan tiba di satu kawasan hutan yang menjadi kem penempatan.

“PATI juga mendakwa agen terlibat telah minta duit lagi, jika dapat wang seperti dijanjikan, barulah mereka dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya ketika disoal pengawai pengendali RCI, Khairul Anuar Abdul Halim.

Joeking menambah, hanya salah seorang mangsa itu yang merupakan warga Bangladesh boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Katanya lagi, kesemua 38 mangsa itu ditemukan sejurus pihaknya berjaya mengesan kewujudan kem penempatan itu pada 19 Januari 2015.

“Mereka ditemukan dalam keadaan letih dan lapar, pihak polis kemudiannya telah memberikan air dan botol bagi mengalas perut,” katanya.

Pada sesi pendengaran itu, seorang Ahli RCI, Tan Sri Razali Ismail membangkitkan persoalan sama ada operasi polis bagi mengesan kewujudan kem berkenaan didapati gagal.

Walau bagaimanapun, Joeking sebaliknya berpandangan operasi itu berjaya kerana telah menemukan kem penempatan dan semua PATI.

“Kalau tidak menerusi operasi ini, maka tidaklah dapat mengesan kewujudan kem ini. Sebelum itu, kita tidak tahu kewujudan mengenainya,” katanya.

Prosiding RCI hari kedua telah berlangsung di hadapan tujuh panel RCI yang pengerusikan oleh Tun Ariffin Zakaria. – UTUSAN ONLINE

Tags: PatiRCIwang kelian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd