• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Mencari MH370 Abai ‘Arus Stokes’

oleh
20/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYELIDIK berkata mengabaikan “arus Stokes” atau aliran arus lautan boleh mengakibatkan kesilapan besar dalam operasi mencari kapal terbang yang hilang, seperti yang berlaku dalam kes penerbangan M370 Penerbangan Malaysia (MAS).

Kajian oleh sekumpulan penyelidik menyebut bahawa pasukan yang berusaha mengesan lokasi terakhir pesawat MH370 mungkin mencari di tempat yang salah, lapor akhbar Britain, Mirror.

Saintis British, Jerman dan Peranchis berkata, selain arus permukaan lautan dan angin, aliran arus Stokes juga amat penting bagi menentukan bagaimana serpihan daripada pesawat tersebut hanyut sebelum tiba di daratan.

“Dalam mana-mana kajian mengenai aliran arus permukaan, aliran arus Stokes perlu diambil kira bagi mendapatkan keputusan pencarian lebih tepat,” laporan itu memetik ketua penyelidik, Jonathan Durgadoo.

Ia berkata, berikutan kegagalan operasi mencari pesawat MH370, sekumpulan penyelidik daripada pelbagai latar belakang bidang meneruskan kajian mereka mensimulasi aliran hanyut sampah lautan.

Matlamatnya ialah untuk merangka strategi aplikasi kuasi masa sebenar pada masa depan ke atas aliran hanyut objek atau organisme di lautan, katanya.

“Mereka menekankan kepentingan mengambil kira ombak permukaan dalam pengiraan, penggunaan teknik simulasi terbaru dan statistik serta sama ada penggunaan lebih banyak bilangan serpihan akan menghasilkan keputusan lebih tepat atau sebaliknya.

“Kumpulan penyelidik tersebut menaksir perbezaan dalam penggunaan kaedah jejakan masa ke depan dan ke belakang.

“Laluan sesuatu objek boleh dijejak ke belakang atau boleh dijangka,” kata laporan itu lagi.

Ia memetik Durgadoo yang berkata, pendekatan penjejakan yang berlainan menawarkan metodologi lebih berkesan dan membolehkan ketidakpastian turut dinilai.

“Ia boleh diminimumkan dengan mensimulasi bilangan objek visual yang mencukupi,” katanya.

Penerbangan MH370, dengan 239 penumpang dan anak kapal, hilang dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Walaupun lokasi tepat Boeing 777 itu belum diketahui, namun penyelidik berharap model baru mereka yang mengambil kira aliran arus lautan akan membantu operasi mencari pada masa depan.

“Eksesais anggaran aliran hanyut permukaan serpihan MH370 telah meningkatkan tahap kesediaan untuk penggunaan pada masa depan,” kata Durgadoo seperti dipetik akhbar Mirror.

Kajian terbaru itu diterbitkan dalam Journal Operational Oceanography. – FMT

Tags: Journal Operational OceanographyMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd