• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Quraitun Belum Tahu Mak Ayah Meninggal Dunia

oleh
03/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANAK pasangan Musa Abdullah, 31, dan Norsuraya Mohd Noor, 30, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 101, Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Kampung Semat, Batu 14, pada Ahad lalu masih belum mengetahui ibu bapanya, datuk dan neneknya serta adik lelakinya meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Menurut ibu saudaranya Nor Syuhada Mohd Noor, 29, meskipun keadaan anak saudaranya itu Nur Quraitun Ain Musa, 5, telah sedar, namun mereka sekeluarga masih tidak sampai hati untuk memaklumkan tentang keadaan yang berlaku memandangkan kesihatannya belum mengizinkan.

“Dia (Nur Quraitun) masih belum tahu keadaan sebenar, biarlah keadaannya benar-benar pulih baru kami sepakat untuk memaklumkan kepadanya.

“Semasa dimasukkan ke wad pada malam pertama (hari Ahad), dia ada meracau-racau memanggil ibunya mungkin kerana terkejut dengan kemalangan yang berlaku, malah sehingga sehingga kini selalu juga dia memanggil ibunya jika kesakitan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh, Pahang pada Selasa.

Selain itu, katanya anak saudaranya itu masih trauma dan takut apabila menerima kehadiran pelawat dan akan menjerit memanggil ibunya.

Nor Syuhada yang kini hamil tiga bulan turut menyatakan kesediaan untuk menjaga Nur Quraitun dan akan mengambilnya sebagai anak angkat secara sah apabila kanak-kanak itu keluar dari hospital kelak.

Selain ibu bapa Nur Quraitun, adik lelakinya Muhammad Zulkarnain, 3, serta datuk dan neneknya Mohd Noor Che Mat, 78, dan Hashimah Ismail, 66, turut maut dalam kemalangan yang berlaku pada 2.30 petang Ahad lalu.

Semasa kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Jengka 6 selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Hulu Langat Selangor.

Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah Proton Iswara sebelum bertembung dengan sebuah Toyota Hilux.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata kerajaan negeri bersedia untuk menanggung perbelanjaan persekolahan Nur Quraitun untuk memastikan pendidikannya terjamin.

“Sebelum ini kita telah membantu menguruskan perbelanjaan urusan pengebumian kelima-lima mangsa menggunakan dana UMNO Maran dan bagi pihak kerajaan negeri kita juga telah memaklumkan kepada keluarga terdekat supaya memberitahu kita sebarang perkembangan jika memerlukan bantuan,” katanya yang turut berada hampir setengah jam melawat mangsa di HOSHAS.

Beliau turut memberi sumbangan RM1,000 kepada mangsa.

Tags: anak yatim piatukemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Al-Sultan Abdullah Tokoh Inspirasi Bola Sepak Malaysia, Asia

Next Post

PRK Rantau: Penduduk Hadir Ceramah Dijamu Makan

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

PRK Rantau: Penduduk Hadir Ceramah Dijamu Makan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd