• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noraini Ahmad Pengerusi PAC Baharu

oleh
11/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parit Sulong dari BN, Datuk Dr. Noraini Ahmad dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Usul tersebut yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof turut mendapat sokongan penuh daripada Ahli-ahli Parlimen.

Pemilihan Noraini bagi menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang merupakan Pengerusi PAC sebelum ini.

Isu Pengerusi PAC menjadi hangat apabila Ronald yang sebelum ini anggota UMNO Sabah, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu, satu daripada komponen PH, bersama enam lagi wakil rakyat UMNO Sabah tahun lalu.

Ronald yang mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sejak lima penggal atas tiket UMNO, dipilih sebagai Pengerusi PAC buat pertama kali daripada blok pembangkang, berikutan janji manifesto PH pada PRU14 yang menetapkan Pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Isu tersebut semakin hangat apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad enggan menggugurkan Ronald.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menarik balik keputusan tersebut selepas Dr. Mahathir bersetuju untuk menggantikan Ronald dengan Ahli Parlimen Pembangkang. – Sinar Harian

Tags: noraini ahmadPengerusi PAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Noraini Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

06/08/2021
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta....

Noraini Letak Jawatan Pengerusi PAC Parlimen

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Dr. Noraini Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd