• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Gesa Guan Eng, Azmin Segera Tenangkan Pelabur

oleh
18/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan membuat sesuatu untuk menenangkan para pelabur dan menjelaskan kepada rakyat supaya keadaan panik tidak berlaku susulan kejatuhan bursa tempatan dalam tempoh 30 bulan.

Ini kerana, sehingga kini masih tidak ada sebarang kenyataan berhubung perkara ini daripada mana-mana menteri Pakatan Harapan.

Tegas bekas perdana menteri itu, senyap bukanlah pilihan yang patut kerajaan buat.

Sindirnya, jika Menteri Kewangan, Lim Guan Eng atau Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin sibuk, penjelasan itu boleh dibuat oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

“Jangan semua pakat membisu.

“Silence is not an option. Do it for the people and our economy. (Senyap bukan satu pilihan. Lakukan untuk rakyat dan ekonomi kita),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengulas mengenai kejatuhan Bursa Malaysia ke paras paling rendah sejak 30 bulan.

Pasaran saham tempatan menyusut sejak Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei tahun lalu.

Semalam, ketika kebanyakan pasaran utama Asia Tenggara meningkat yang dipacu oleh lonjakan dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar China 6.4 peratus bagi suku pertama tahun ini, Malaysia dan Vietnam menyaksikan penyusutan ketara.

Beberapa hari lalu, Bloomberg melaporkan Malaysia adalah ‘sole loser’ (pasaran saham tunggal yang rugi) bagi tahun ini.

FTSE Russell pada hari Isnin berkata, ia boleh menggugurkan hutang Malaysia daripada Indeks Bon Kerajaan FTSE Dunia kerana kebimbangan kecairan pasaran, gangguan mata wang dan bon negara.

Malah, Norway berkata, dana kekayaannya tidak lagi akan melabur dalam bon Malaysia dan akan menarik keluar dana mereka sebanyak AS$1.9 bilion. – MalaysiaGazette

Tags: Lim Guan EngMohamed Azmin AliNajib Tun RazakPelabur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd