• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Digantung 3 Bulan Dedah Awal Kertas Putih Felda?

oleh
11/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat kemungkinan besar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digantung selama tiga bulan kerana melanggar peraturan mesyuarat dengan memuat naik kandungan kertas putih Felda yang berstatus embargo semalam.

Menurut sumber, usul penggantungan yang berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul akan dibawa pada sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.

Seandainya usul tersebut mendapat kelulusan maka Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan akan berdepan dengan penggantungan selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta.

Najib didakwa melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melakukan suatu perbuatan menghina majlis mesyuarat.

Kesalahan Najib dianggap amat serius kerana melanggar embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda yang dibentangkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pagi semalam.

Najib telah memuat naik dokumen berkenaan selang beberapa jam sebelum pembentangan tersebut, sekaligus menyebabkan rata-rata wakil rakyat merasa tidak senang termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merasakan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Dalam usul yang akan dibawa hari ini menyebut;

“Bahawa pada hari Selasa, 9 April 2019, 5.39 petang, Yang Berhormat Pekan, Datuk Seri Najib Razak, mengeluarkan kenyataan dan memaparkan perenggan 1.4.6 dan 1.4.7, muka surat 8, Lampiran 1 – Bab 3, Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA di akaun media sosial Facebook beliau ‘Najib Razak’.

“Kertas Putih berkenaan adalah Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga 11.30 pagi, Rabu, 10 April 2019,” lapor usul berkenaan.

Mengikut tatacara dewan, usul berkenaan akan disokong oleh seorang Ahli Parlimen sebelum Yang di-Pertua mengeluarkan arahan menguatkuasakan perintah penggantungan.

Semalam Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzhil membangkitkan isu berkenaan ketika sesi penggulungan kertas putih Felda.

Mohamed Azmin mahu kerajaan mengambil tindakan keras terhadap Najib kerana mendedahkan sebahagian daripada Kertas Putih Felda sebelum ia dibentangkan.

Najib bertindak membela diri dengan memuat naik dokumen bergambar yang menunjukan sebahagian daripada kandungan Kertas Putih Felda yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam Peraturan Mesyuarat 95A termaktub mana-mana pihak yang mendedahkan keseluruhan atau sebahagian dokumen mesyuarat Dewan Rakyat berstatus embargo, adalah melakukan perbuatan yang menghina Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

Tags: Ahli Parlimenkertas putih feldaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Terkejut Jumpa Mayat Anak Hampir Reput

Next Post

Lesap RM95,000 Selepas Dijanjikan RM37 Juta

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

12/07/2024
0

Putrajaya : Pemecatan enam Ahli Parlimen yang merupakan bekas ahli Bersatu tidak ditakrifkan sebagai lompat parti sehingga mereka perlu mengosongkan...

Next Post

Lesap RM95,000 Selepas Dijanjikan RM37 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd