• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bidas Mat Sabu Isu Audit LTAT

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mendakwa laporan audit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2018 adalah satu pembohongan.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu turut melahirkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Mohamad yang meletakkan kesalahan berkaitan isu tersebut di bahu BN.

“Sudah dijangka. Nasib baik saya telah beberapa kali menjelaskan sebelum mereka memulakan fitnah terbaharu ini. Kenapa Mat Sabu (Mohamad) nak menyalahkan BN?

“Mat Sabu faham ke proses pengauditan atau apa yang dibentangkan dalam laporan audit itu?” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Selain itu, Najib juga menegaskan bahawa Laporan Audit 2018 dilakukan semasa berada di bawah pentadbiran kerajaan PH.

“Jika laporan audit itu bohong maka apakah tindakan yang diambil ke atas juruaudit-juruaudit berkenaan?” soalnya.

Semalam, Mohamad merangkap Presiden Amanah mendakwa laporan audit yang diisytihar ke atas LTAT pada 2018 adalah satu pembohongan kerana tidak menunjukkan rekod kewangan secara telus.

“Audit yang diisytihar 2018 bohong. Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina.

“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,” jelas Mohamad dalam satu sempena kempen PRK DUN Rantau di Kampung Mambau, Negeri Sembilan semalam. – Sinar Harian

Tags: LTATMohamad SabuNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

27/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd