• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bayar Lebih RM200,000 Kepada Kontraktor

oleh
18/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pereka hiasan dalaman memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah mendapat satu tugasan untuk kerja-kerja pembinaan bilik setor dan pantri (dapur kering) di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, pada 2014 lebih RM200,000.

Zulkarnain Mohamad, 46, yang juga pemilik syarikat ABS Trend master Sdn. Bhd. telah menerima panggilan telefon daripada pengurus kediaman yang dikenali Amirul Hadi antara bulan Ogos hingga September yang ingin mengupahnya untuk melakukan kerja pembinaan setor dan pantri di bahagian belakang kediaman rumah tersebut.

“Dalam panggilan telefon itu, Amirul memberitahu bahawa dia ingin mendapat khidmat saya untuk melakukan pembinaan suai setor dan dapur untuk rumah ‘orang nombor satu’,” katanya.

Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim pada hari kelima perbicaraan kes perbicaraan kes bekas Najib tujuh pertuduhan SRC International Sdn. Bhd. RM42 juta di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Ujar Zulkarnain, sejurus panggilan telefon itu, dia kemudian ke kediaman rasmi tersebut selepas menemui Amirul di sebuah stesen minyak berhampiran Plaza Tol Jalan Duta bagi melihat kawasan luar rumah di bahagian belakang dan membuat ukuran.

”Selepas sampai di rumah itu, saya kemudian membuat sebut harga untuk diberikan kepada Amirul. Tapi saya tidak ingat sama ada RM243,000 atau RM234,000 namun selepas kedua-duanya bersetuju saya menerima cek berjumlah RM50,000 sebagai deposit,” katanya lagi.

Tambah saksi itu, selepas mendapat deposit tersebut, syarikatnya telah melakukan kerja-kerja yang kemudian telah disiapkan kira-kira tiga bulan.

Katanya pada masa sama, saksi itu juga turut memperoleh baki RM100,000 lagi.

Dalam pada itu, saksi ketujuh iaitu, pengarah urusan Syarikat MOZ (M) Sdn. Bhd., Mohammed Zakariyya Zearat Khan, 35, berkata pemasangan dua tangki tambahan di kediaman Najib adalah satu keperluan kerana kawasan tersebut kerap berlaku gangguan bekalan air.

Saksi itu berkata ia berikutan beliau telah menerima panggilan daripada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terdapat gangguan bekalan air di kediaman bekas perdana menteri itu.

Katanya, beliau telah menerima satu cek berjumlah RM56,500 daripada Amirul Hadi yang merupakan pengurus kediaman tersebut.

Beliau berkata jumlah tersebut meliputi kerja pembinaan setiap satu tangki air booster jenis fiber berukuran 6,000 liter dengan pemasangan konkrit, panel untuk kawalan rumah pam dan rumah pam itu sendiri, yang siap dalam tempoh dua minggu.

Ketika ditanya pihak pembelaan mengenai anggaran individu yang dapat ditampung oleh tangki dibinanya, Mohammed Zakariyya berkata ia dapat digunakan oleh 10 hingga 20 orang.

“Anggaran itu dibuat berdasarkan jumlah penghuni rumah termasuk tetamu yang datang ke rumah tersebut seperti pelajar tahfiz dan anak yatim anak yang selalu mengadakan majlis bacaan Surah Yasin termasuk majlis mesyuarat yang diadakan beberapa kali dalam seminggu,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd