• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Tak Hadir Pemukiman Malaysia-Singapura

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian tidak hadir ke sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan di Putrajaya, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Abdul Hakim Ab Rahman ketika menjawab pertanyaan pemberita menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Abdul Hakim berkata, Osman telah mewakilkan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal ke sesi berkenaan.

“Saya mengesahkan YAB MB tidak hadir ke sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya hari ni, dan beliau telah mewakilkan YB Dr. Sahruddin Jamal, Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian untuk hadir dalam sesi tersebut,” katanya.

Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan bermula pagi ini, membabitkan pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Acara bermula dengan ketibaan Hsien Loong di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada jam 9.45 pagi, disusuli pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin.

Selepas itu berlangsung mesyuarat delegasi dari Malaysia dan Singapura sebelum kedua-dua perdana menteri dijadualkan mengadakan sidang media serta membacakan pernyataan bersama.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya dijadualkan hadir jamuan tengah hari rasmi di Seri Perdana, di sini.

Pertemuan tahunan itu yang diadakan secara bergilir-gilir di antara kedua-dua negara merupakan mekanisme penting dalam memperkukuh hubungan serta mencari penyelesaian isu-isu dua hala.

Terdahulu, pengamal media memohon Pejabat Menteri Besar Johor mengeluarkan satu kenyataan berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan ketidakhadiran Osman dalam sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan di Putrajaya, hari ini. – Sinar Harian

Tags: menteri Besar JohorOsman SapianSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zon Larangan Guna Telefon Bimbit Diwujudkan

Next Post

“Saya Bukan Hakim” – Pengerusi SPR

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

"Saya Bukan Hakim" - Pengerusi SPR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd