Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pecat Ahli UMNO Bersekongkol...

MELAKA - Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu...

6,000 Doh Roti Canai...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor...

Sambutan Hari Pahlawan 2018...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijangka berangkat ke Sambutan Istiadat...

Wanita Jual Tisu Memang...

PENJUAL tisu yang didakwa menyamar sebagai individu buta untuk meminta sedekah, hari ini tampil...

‘Manusia Kalkulator’ Tempat Kedua Asia’s Got Talent 2019

SINGAPURA – ‘Manusia kalkulator’ Malaysia, Yaashwin Sarawanan diumumkan mendapat tempat kedua daripada sembilan persembahan pada pertandingan akhir Asia’s Got Talent 2019 yang baru berakhir malam ini.

Yaashwin, 15, mengucapkan terima kasih walaupun persembahannya menerima undi yang rendah berbanding ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien, yang dinobatkan sebagai pemenang pada pertandingan musim ini.

“Ia di luar jangkaan saya untuk menduduki tempat dua teratas. Daripada 200 persembahan, saya menjadi antara sembilan peserta ke peringkat akhir dan hari ini saya hanya bersaing dengan Eric Chien,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebagai peserta dua teratas, Yaashwin perlu melakukan persembahan penutup dan memilih tema Back to Skool yang melibatkan ketiga-tiga juri iaitu David Foster, Anggun Cipta Sasmi dan Jay Park di atas pentas bersamanya.

Beliau memukau penonton pada pertandingan akhir dengan membuat persembahan calendar problem apabila mendapat mengenal pasti dengan tepat peristiwa tertentu berlaku dengan ‘menghitung’ tarikh, bulan dan tahun.

Kesemua juri mendapat jawapan yang tepat daripada Yaashwin, pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn 2.

Ketika ditanya mengenai reaksi pertama ayahnya setelah mengetahui keputusan tersebut, Yaashwin berkata: “Ayah mengucapkan tahniah kepada saya.


“Dia bertanya sama ada saya bersedih? Saya berkata tidak dan ayah berbangga dengan saya,” katanya.

Yaashwin menyertai kelas sempoa dan aritmetik mental ketika dia berusia 7 tahun dan muncul sebagai juara dalam International Abacus and Mental Arithmetic Competition pada 2017.

Sementara itu, pemenang pertandingan Asia’s Got Talent, Eric Chien yang baru-baru ini muncul sebagai pemenang kategori Close-up Magic Federation Internationale des Societes Magiques atau World Championship of Magic, meraih hadiah utama bernilai US$100,000.

Sementara itu, kumpulan wanita Malaysia, NAMA menduduki tempat tiga tercorot bersama penari jalanan Junior Good Vibes dari Filipina dan penari cry wheel, Yang Shih Hao dari Taiwan.

Kategori