• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Kekalkan ‘Sultan Melaka’ Bebas

oleh
10/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan seorang ahli perniagaan, Noor Jan Tuah, 62, daripada semua empat tuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 3 Julai tahun lalu yang melepaskan dan membebaskan Noor Jan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Nasfy berkata, keputusan oleh Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi terhadap Noor Jan adalah tepat dan tiada sebarang kesilapan.

“Selepas mahkamah meneliti keterangan direkodkan dalam rekod rayuan perayu (Timbalan Pendakwa Raya), didapati bahawa hakim bicara telah membuat satu keputusan dan dapatan faktanya tepat serta selamat apabila memutuskan perayu gagal mewujudkan prima facie,” katanya.

Beliau berkata, saksi pendakwa mengakui mereka bukan mangsa penipuan ekoran penyamaran responden (Noor Jan).

“Maka setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan alasan penghakiman hakim bicara, mahkamah menolak rayuan perayu dan mengekalkan keputusan hakim bicara dan perintah itu kekal,” katanya.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Noor Jan didakwa menipu Zaamat Md Idris, 68; Mokhtar Md Yusof, 59; Ahmad Zainudin Abdul Hamid, 66, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 37, dengan cara samaran supaya mempercayai tertuduh adalah Sultan Melaka dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka, sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, dekat sini, kira-kira jam 10 malam, pada 28 Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Noor Jan diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad, Nabilalif Mohd Rosli dan Mazuin Hashim.

Tags: menipumenyamarsultan melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

09/12/2024
0

SEREMBAN - Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd