• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTAT Jual Aset Lagi? Tak Tahu, Belum Bincang Lagi

oleh
10/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjualan aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dibuat mengikut peraturan dan ia telah dipersetujui oleh lembaga pengarah badan itu secara sebulat suara melalui tender terbuka.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan, urusniaga penjualan aset LTAT iaitu Hotel Royale Chulan tidak mempunyai unsur yang mencurigakan bahkan ia dipantau oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Penjualan itu mengikut peraturan lembaga pengarah (LTAT) telah bincang dan luluskan (penjualan) dan mereka buat tender (perolehan) secara terbuka dan itu adalah tender tertinggi.

“Tender daripada syarikat Malaysia berbanding syarikat dari Singapura itu lebih (tinggi) daripada 100 peratus dia punya nilai harga itu.

“Walau bagaimanapun keputusan akhir diletakkan di bawah JPM, tapi mereka membuat tender itu ikut peraturan

“Kata akhirnya daripada JPM, tapi dari segi perjalanan tender itu lembaga pengarahnya mengikut peraturan dan tidak berlaku apa-apa hanky-panky di situ,” katanya pada sidang media dalam siri lawatan kerjanya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Boustead Hotel & Resorts Sdn. Bhd., anak syarikat milik Boustead Properties Bhd., memeterai perjanjian jual beli dengan Every Room A Home Sdn. Bhd., bagi melupuskan asetnya, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dengan nilai tunai RM197 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Boustead Holdings Bhd. berkata, pelupusan hotel berkenaan yang terletak di atas tanah berkeluasan 3,189 meter persegi di Kuala Lumpur itu termasuk operasi perniagaan membabitkan kelengkapan perabot, hiasan namun tidak termasuk akaun muhibah.

Pada 19 Februari lalu, Boustead Holdings mengumumkan pihaknya bersedia untuk menjual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada harga RM197 juta selepas menerima tawaran daripada firma Singapura, Hotel Royal Limited.

Ditanya tentang kemungkinan wujudnya penjualan aset LTAT pada masa akan datang, Mohamad bagaimanapun tidak menolak kemungkinan itu dan ia bergantung kepada keputusan Kabinet.

“Tak tahu, saya tak bincang lagi,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang dividen LTAT, Mohamad berkata ia akan diumumkan pada Jun atau Julai tahun ini selepas pihaknya melakukan pembetulan dalam laporan kewangannya.

“Kita kena buat setelah ditegur oleh Jabatan Audit Negara, maka ada pembetulan-pembetulan yang perlu dibuat dan ia akan dibentangkan pada Jun atau Julai akan datang.

“Komen-komen yang diberi oleh Jabatan Audit Negara, di mana ada kesilapan dan akan dibetulkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: LTATMohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

27/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd