• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loke Cadang Bina Stesen ECRL Di Nilai

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengesyorkan sebuah stesen bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibina di Nilai dekat sini.

Menurut beliau, pembinaan stesen di kawasan itu mampu menyuntik sokongan kepada pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) yang dirancang di kawasan Nilai, Seremban sehingga Port Dickson.

“Saya akan usaha untuk perjuangkan sebuah stesen di Nilai. ECRL adalah projek besar dan perlu diberi perhatian. Manfaatnya bukan sahaja kepada negeri-negeri Pantai Timur tetapi juga kepada Negeri Sembilan,” katanya.

Anthony (DAP-Chennah) berkata demikian semasa membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14 di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, perubahan jajaran projek ECRL yang akan turut melibatkan Jelebu, bakal membawa banyak manfaat kepada pembangunan ekonomi di daerah berkenaan.

“Sudah tentu bukan hanya ada landasan, mesti ada stesen. Kawasan sekitar Kuala Klawang dan Chennah serta Parlimen Jelebu akan dapat tempias.

“ECRL bukan sahaja fokus penumpang tetapi juga kargo yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang. Penyambungan antara pelabuhan menjadikan kawasan sekitar jajaran sesuai untuk kawasan perindustrian dan kilang-kilang,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, limpahan pembangunan juga akan dapat dilihat dalam sektor pertanian dan pelancongan kerana Jelebu mempunyai lokasi dan potensi yang baik bagi kedua-dua sektor.

“Saya minta kerajaan negeri perlu siap sedia buat perancangan. Pembinaan bagi projek ECRL akan disambung semula bulan depan. Bagi jajaran baharu mungkin ambil masa untuk kajian dan laporan EIA (Kajian Impak Alam Sekitar),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anthony LokeNilaiProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kehadirannya di Terminal Subang Skypark semalam sebagai satu penghormatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd