• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tunjuk Kemaluan Ditahan Polis

oleh
19/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita di sebuah pejabat ejen insurans dekat Kota Tinggi ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan di bandar Kota Tinggi pada 6.15 petang.

“Lelaki itu ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 8.30 pagi semalam.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat sehingga membolehkan tangkapan dapat dilakukan dengan cepat,” katanya dalam kenytaan di sini, hari ini.

Semalam, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita di dalam sebuah pejabat ejen insurans di Kota Tinggi tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 1.29 minit itu menunjukkan suspek memasuki pejabat berkenaan sebelum dipercayai menunjukkan kemaluannya dan cuba menangkap wanita itu, namun wanita itu berjaya keluar dan melarikan diri.

Ahsmon berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan.

Tags: cabultayang kemaluantidak senonoh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd