• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lapor Polis Jika Ditawarkan Wang Tunai” – Tok Mat

oleh
04/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mendedahkan terdapat usaha oleh pihak tertentu yang cuba memerangkap serta memburukkan nama dan parti terbabit berhubung usaha memancing undi pada hari mengundi nanti.

Menurut beliau perkara berkenaan dimaklumkan oleh pengundi yang dikatakan menerima panggilan telefon mendakwa dari pihak BN untuk keluar mengundi dengan tawaran RM50 sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

“Saya dihubungi dan diberitahu bahawa ada usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan menelefon pengundi yang mana mereka tahu ia adalah pengundi tegar BN supaya keluar mengundi BN dan mereka akan dibayar dengan duit. Saya telah pun minta mereka-mereka ini buat laporan polis kerana ini saya merasakan satu cara untuk memburukkan nama saya atau memburukkan BN.

“Kita tidak pernah ada langsung niat… usaha atau apa-apa pun yang akan kita buat untuk kita memancing undi. Bahkan nak makan minum di bilik gerakan ini pun saya tidak berikan. Ini kerana kesalahan peraturan pilihan raya. Jadi ada dah dibuat menelefon pengundi kata keluar mengundi nanti ambil duit RM50. Ini saya harap supaya disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)….

“Saya telah minta orang yang menerima panggilan ini supaya membuat laporan polis untuk kita ‘pre-empt’ supaya nanti jangan pula orang kata BN yang buat. Kita nak nafikan ini bukan dibuat oleh BN. Ini boleh jadi dibuat oleh orang-orang yang nak mencemarkan nama serta memerangkap BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Command Centre BN PRK DUN Rantau, di sini, hari ini.

Menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan jamuan kepada pengundi dalam satu ceramah Pakatan Harapan (PH), Mohamad berharap SPR berlaku adil kepada semua pihak.

“Dakwaan berkenaan terpulang kepada SPR siasat… semasa kita mengadakan kempen dalam PRU dan PRK perkara-perkara seumpama itu adalah dilarang dalam peraturan pilihan raya. Jadi saya tidak mahu menuduh apa-apa. Terpulang kepada pihak SPR untuk menentukan samada ia merupakan satu kesalahan atau tidak.

“SPR bertindaklah… SPR perlu bertegas jika perkara-perkara yang dilarang dilakukan. Kami mesyuarat dalam rumah pun telah disuruh berhenti oleh pihak SPR. Buat bacaan Yassin pun disuruh berhenti. Ini saya rasakan SPR perlu menjalankan tugas yang saksama kepada semua pihak supaya tidak dilihat berat sebelah,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

Tags: Barisan NasionalMohamad HasanPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tidak Perlu Peruntukan Sama Kepada Pembangkang

Next Post

Kerajaan Tiada Hasrat Pinda Akta Kebankrapan

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

Next Post

Kerajaan Tiada Hasrat Pinda Akta Kebankrapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd