• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tiada Hasrat Pinda Akta Kebankrapan

oleh
04/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan Seksyen 60 (1) Akta Kebankrapan (Pindaan) 2017 (Akta1534).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, masih terdapat peruntukan yang boleh diguna pakai bagi membantu bankrap keluar daripada kemuflisan, termasuk melalui pelepasan di bawah sijil Ketua Pengarah Insolvensi untuk kes yang telah ditadbir selama lima tahun atau lebih seperti dalam Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967.

Mereka yang bankrap juga boleh membuat permohonan pelepasan di Mahkamah seperti dalam Seksyen 33 dan dan 105 Akta Insolvensi1967.

Mereka yang tergolong dalam empat kategori iaitu telah meninggal dunia, penjamin sosial, mengalami penyakit serius yang disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan dan Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh memohon sijil pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi seperti yang termaktub dalam Seksyen 33B (2A) Akta Insolvensi 1967.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) mengenai sama ada kerajaan berhasrat untuk meminda peruntukan berkenaan semasa sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, semasa Akta Kebankrapan dipinda pada 2017, terdapat lapan pindaan telah dikuat kuasakan pada 6 Oktober 2017.

Daripada lapan pindaan tersebut, hanya satu pindaan sahaja berkuat kuasa secara retrospektif iaitu Seksyen 33B (2A) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360).

Pindaan lain bersifat prospektif, bertujuan mengimbangi kepentingan antara pemiutang dan orang yang bankrap.

Ia juga bagi membantu mereka yang bankrap menyelesaikan kes-kes kebankrapan dalam tempoh yang singkat.

“Sebagai contoh, permohonan Pelepasan Automatik mengikut Seksyen 33C telah membuka ruang yang baharu kepada mereka yang bankrap untuk menyelesaikan kes dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pemfailan Penyataan Hal Ehwal.

“Pindaan-pindaan yang bersifat prospektif juga mempunyai mekanisme pelaksanaan yang berbeza dengan kes-kes kebankrapan yang ditadbir sebelum dari tarikh pindaan 2017 berkuat kuasa.

“Oleh itu, pindaan-pindaan yang dibuat pada 2017 tidak boleh berkuat kuasa secara retrospektif kecuali hanya satu peruntukan seperti yang dinyatakan,” kata Vui Keong.

Tags: akta kebankrapanLiew Vui Keong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Vui Keong Masih Tak Sedarkan Diri

30/09/2020
0

SANDAKAN - "Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi," kata Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakong. Ia...

Jawatankuasa Khas Telah Bentang Hasil Kajian Hukuman Mati

12/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori telah membentangkan hasil kajian mereka yang mengandungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd