Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Beras Import RM9.90 Licin...

KOTA BHARU - Beras import seberat lima kilogram yang dijual pada harga RM9.90...

Akibat Diasak CEP, 2...

TEKANAN... Dunia perundangan negara sekali lagi menyaksikan campur tangan pihak kerajaan mengulangi krisis...

Tangan Wanita Tersepit Mesin...

NGERI dan kesakitan. Itu yang dialami seorang wanita warga asing selepas terpaksa menahan kesakitan...

Usaha Kerajaan Bantu Gelandangan...

KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan membantu golongan gelandangan terutama di ibu negara tidak...

KPDNHEP Siasat Dakwaan Kewujudan Cili Plastik

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius dakwaan kewujudan cili tiruan diperbuat daripada plastik seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan penguat kuasa kementerian itu sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

“Kami memerlukan sedikit masa untuk menyiasat kesahihan dakwaan ‘cili plastik’ terbabit memandangkan sebelum ini ia hanya tersebar menerusi media sosial.

“Apa pun, KPDNHEP juga telah mengambil tindakan proaktif dengan melakukan pemeriksaan di kedai-kedai (dan pasar raya) yang menjual cili terutama di Lembah Klang iaitu lokasi kes itu didakwa berlaku,” katanya selepas merasmikan program Bank Makanan peringkat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang tidak bertanggungjawab berkenaan sekiranya dakwaan kewujudan cili plastik itu terbukti benar.


Sebelum ini, seorang suri rumah berusia 40-an telah memuat naik video di akaun media sosialnya mendakwa terbeli cili yang disyaki diperbuat daripada plastik. – K! ONLINE

Kategori