• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Baharu Setiap Stesen ECRL Hampir Sama Harga Dulu

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penurunan kos pembinaan bagi fasa 1 dan 2 Projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dikurangkan kepada RM44 bilion berbanding kos asal yang dibuat pada tahun 2016 RM65.5 bilion tidak boleh dibandingkan secara terus kerana ia bukan perbandingan setara.

Seorang geologis, Shahrir Adnan berkata, ini kerana bilangan stesen berkurangan daripada 28 kepada 20 stesen.

Ini bermakna kos setiap stesen secara kasar pada tahun 2016 adalah RM 2.3 bilion satu stesen dan kos setiap stesen pada tahun 2019 pula RM 2.2 bilion.

Pengiraan ini menunjukkan kos pembinaan setiap stesen pada tahun 2016 dan 2019 adalah hampir sama.

Menurutnya, bilangan stesen yang dikurangkan sebenarnya memberikan impak negatif kepada perkembangan ekonomi di kawasan tersebut, terutama di bandar-bandar di Kelantan dan Bentong, Pahang.

Stesen Kerteh, yang menjadi hab minyak dan gas turut terkeluar daripada senarai laluan baru ECRL.

Selain itu, pada tahun 2016, Kerajaan Malaysia mengusulkan untuk menanggung kos secara keseluruhan tetapi pada tahun 2019, perjanjian usahasama sebanyak 50-50 antara Kerajaan Malaysia menerusi Malaysia Rail Link (MRL) dan syarikat China CCCC.

“Dikhabarkan bahawa perkongsian keuntungan adalah 80-20 antara MRL dan CCCC. Adakah keadaan ini umpama menjual asset negara kepada China seperti dimomokkan sebelum PRU-14?” soalnya yang juga Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia.

Jelasnya, usahasama perkongsian keuntungan ini sebenarnya perlu diteliti dengan mendalam kerana di saat Pakatan Harapan menggunakan alasan eco-friendly menjaga alam sekitar kerana laluan baharu tidak melalui terowong kuartza, rakyat Malaysia harus melihat kepada struktur geologi dan taburan mineral di Malaysia.

Berdasarkan kajian yang dilakukannya, laluan ke selatan ke arah Negeri Sembilan adalah kawasan perlombongan utama sumber mineral.

Berdasarkan kajian profesional kaji bumi, terdapat dua kawasan di Negeri Sembilan yang dinamakan Primary Gold Deposits.

“Adakah CCCC bakal membawa pulang keuntungan daripada emas yang diperolehi?

“Adakah CCCC akan mendapat 50 peratus daripada sumber emas semasa beroperasi?

“Adakah CCCC akan mendapat 20 peratus daripada sumber emas melalui perkongsian keuntungan?” soalnya yang mahu persoalan-persoalan tersebut dijawab oleh kerajaan.

Selain itu, Shahrir turut mempersoalkan adakah kuartza yang telah pun disentuh dan ditarah sewaktu pembinaan lebuh raya Karak lebih bernilai daripada sumber hasil bumi negara seperti emas.

“Kita harap kerajaan Pakatan Harapan berhenti memberikan alasan-alasan yang mengelirukan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: Parti IKATAN Bangsa MalaysiaProjek ECRLShahir Adnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Gesa Guan Eng, Azmin Segera Tenangkan Pelabur

Next Post

Tokan Wanita ‘Sangkut’ Bawa 50 Ketulan Ganja

Related Posts

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

Mendapan: Projek  ECRL Selamat Diteruskan

Mendapan: Projek ECRL Selamat Diteruskan

27/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan tiada tanda-tanda mendapan atau berlaku tanah runtuh di lokasi projek Laluan...

Next Post

Tokan Wanita 'Sangkut' Bawa 50 Ketulan Ganja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd