• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KLIA Juga Bakal Mendapat Nama Baharu?

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak sampai seminggu nama program Permata ditukar kepada Genius, kini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga disebut bakal mendapat nama baharu.

Nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkemungkinan akan ditukarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang.

Penukaran nama itu susulan penularan dokumen yang memaparkan isu dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim bagi penjenamaan semula nama KLIA.

Menerusi dokumen itu, penjenamaan itu supaya mencerminkan lokaliti lapangan terbang tersebut yang terletak di daerah Sepang.

“Keperluan ini adalah seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa di luar negara yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan tersebut.

“Sehubungan itu, cadangan nama yang dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (Sepang International Airport),” katanya.

Dokumen itu turut memaparkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Sementara itu, Sze Han dalam satu portal berita dipetik berkata, setakat ini tiada keputusan dicapai berhubung pertukaran nama itu.

“Isu ini cuma pernah disebutkan dalam MMKN (Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri), setakat ini tiada apa-apa yang telah diputuskan.

“Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor. Lapangan terbang antarabanga yang terkenal sering menggunakan lokaliti sebagai namanya, contohnya adalah Narita atau Haneda di Tokyo, Incheon di Seoul, Suvarnabhuni di Bangkok, Baiyun di Guangzhou, Pudong di Shanghai, Schipol di Amsterdam dan sebagainya,” katanya. – K! ONLINE

Tags: KLIAnama baharupakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan dua individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd