• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20,000 Kertas Undi Bertanda Ditemui Di Selangor

oleh
12/04/2019
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) Indonesia mempertimbangkan untuk menangguhkan proses pengundian untuk pilihan raya umum republik itu di Malaysia, selepas lebih 20,000 kertas undi bertanda dilaporkan ditemui di Bangi dan Kajang.

Baswalu dipetik portal berita Indonesia, Detiknews sebagai mengesahkan penemuan undi sabotaj itu di gudang Malaysia, menjelang pengundian pada minggu depan.

Kira-kira 300 beg plastik berisi kertas undi bertanda dikatakan ditemui di Sungai Tangkas di Bangi dan Taman Kajang Utama.

Agensi berita AP memetik Yaza Azzhara yang mengetuai jawatankuasa memantau pilihan raya Indonesia bagi Kuala Lumpur memberitahu TVOne, dianggarkan 10,000 hingga 20,000 kertas undi bertanda ditemui di 2 lokasi itu di Selangor.

Katanya, beliau dan wakil pembangkang membuka beberapa kertas undi pos itu yang mengundi untuk Joko Widodo dan calon pasangannya.

Dalam kes lain, ada yang bertanda untuk calon legislatif sekutu Widodo yang merupakan anak duta Indonesia ke Malaysia.

AP memetik Yaza sebagai berkata, sesetengah kertas undi itu diletakkan dalam beg berwarna perang dengan mangga rasmi Jawatankuasa Pemantauan Pilihan Raya Luar Negeri (Panwaslu) dan ia belum bertanda.

Ahli Bawaslu, Fritz Edward Siregar dipetik Detiknews sebagai berkata, mereka menerima laporan berhubung pretasi “meragukan” rakan mereka yang ditugaskan memantau proses pengundian di luar Indonesia.

Katanya, terdapat dakwaan ahli Panwaslu “tidak menjalankan tugas mereka dengan betul” sehingga menyebabkan sabotaj berlaku.

Bawaslu dikatakan sudah menghantar pegawainya untuk menyiasat perkara itu, selepas video mengenainya tersebar.

Pengundian awal untuk pilihan raya umum dan presiden Indonesia dijadualkan 17 April ini dengan kerjasama beberapa jawatankuasa pemantau pilihan raya.

Malaysia ialah negara paling banyak pengundi Indonesia, iaitu kira-kira 1.5 juta pengundi berdaftar.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Krishna Hannan sebelum ini berkata, 6 pusat undi akan dibuka di seluruh negara pada 14 April, iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, sepasukan polis dari Bukit Aman dikatakan sedang menyiasat perkara itu. – FMT

Tags: Indonesiakertas undiPilihan Raya Umumsabotaj
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd