• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tandatangan Kontrak ICP Bernilai RM2.17 Bilion

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini menandatangani dua kontrak utama Program Kolaborasi Industri (ICP) dengan Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) bernilai RM2.17 bilion berkaitan kontrak membekal dan memperbaharui tren bagi Prasarana Malaysia Berhad.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perjanjian itu membabitkan pembekalan 27 set tren baharu untuk Laluan Kelana Jaya (KLAV-27) dan pengubahsuaian pertengahan hayat (mid-life refurbishment) untuk set tren dua koc laluan sama (MLR).

Katanya, penghantaran pertama bagi set tren baharu dijadual akan berlaku pada suku pertama tahun depan dan dijangka dilengkapkan dalam tempoh lima tahun.

“Bagi ICP untuk kontrak perolehan KLAV-27 yang bernilai RM1.7 bilion, BHC komited memaksimumkan penggunaan kandungan bahan tempatan pada kadar sekurang-kurangnya 35 peratus yang dianggarkan berjumlah RM600 juta.

“Pendekatan ini boleh menjadi pemangkin bagi syarikat tempatan untuk terlibat dalam kerjasama strategik bersama BHC di peringkat antarabangsa, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan industri negara selain ratusan peluang pekerjaan bagi warga tempatan akan tercapai dalam tempoh empat tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangi perjanjian utama ICP bersama BHC, di sini hari ini. Bombardier diwakili oleh Naib Presiden Asia Tenggara, N. Parasuraman Jayaram.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, BHC juga bersetuju untuk memperluaskan pangkalan data pembekal tempatan sedia ada dalam ‘rolling stock’ dengan menggunakan komponen dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh 14 syarikat tempatan, bernilai RM100.7 juta.

Katanya, kesemua syarikat terlibat akan membekalkan komponen perkhidmatan pada harga berdaya saing bagi memastikan kesinambungan serta kemampanan industri rel negara.

“Bagi MLR, semua aktiviti dijangka dapat disiapkan menjelang suku pertama 2021, iaitu mengambil masa kira-kira tiga tahun.

“ICP bagi kedua-dua perolehan ini akan dipantau dan diuruskan oleh anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Technology Depository Agency Berhad (TDA) bagi memastikan pulangan nilai untuk perolehan kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: BHCICpMLRPrasarana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd