• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Minta Orang Ramai Berhenti Cari Acap

oleh
15/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – Pihak polis mengesahkan menerima laporan waris peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, supaya orang awam menghentikan operasi mencari.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat abang Mohammad Ashraf iaitu Mohammad Azlan, pada jam 5.20 petang semalam.

Ditanya apakah tindakan lanjut pihak polis, Hasron Nazri berkata, polis akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Menurut laporan polis yang dibuat Mohammad Azlan, bukan hanya berhenti daripada mencari bahkan meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar mengenai adiknya juga dihentikan.

“Waris ini telah pun berbincang dengan pihak ketua kampung Kampung Pintu Padang dan kerana itu dia tampil membuat laporan,” katanya mengenai laporan polis tersebut.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan ahli keluarga mangsa iaitu abangnya masih belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini.

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar, Johor disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meski pun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km. – Sinar Harian

Tags: kes kehilanganMohammad Ashraf Hassan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PIL 1: NGO Alam Sekitar Terkejut JAS Beri Kelulusan

Next Post

Sepasang Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Bilik

Related Posts

Isteri Amri Saman Polis, Kerajaan Berhubung Siasatan Kehilangan

18/11/2019
0

PETALING JAYA - Isteri kepada aktivis Perlis, Amri Che Mat menyaman kerajaan, polis, menteri dalam negeri dan yang sebelumnya, dan...

Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara

30/09/2019
0

BINTULU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert dalam usaha mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan...

Next Post

Sepasang Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Bilik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd