Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Benarkah Melayu Sudah Nyanyuk?

APA makna nyanyuk? Jom rujuk kamus Dewan. Nah! maknanya, orang tua yang berkelakuan...

Wanita Selamatkan 100 Anjing...

SEORANG wanita dari China menyelamatkan 100 ekor anjing daripada menjadi santapan sempena Festival...

Semua mangsa Banjir Di...

KUCHING - Enam puluh orang mangsa banjir daripada 13 keluarga yang ditempatkan di...

Aliran Keluar Dana Asing...

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia dilihat berterusan apabila...

iM4U Dijenamakan Semula Sebagai Impact Malaysia

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan 1Malaysia for Youth (iM4U) dijenamakan semula sebagai Impact Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan hanya melibatkan nama.

“Saya nak tekankan di sini, saya secara peribadi tak suka kita hanya menjenamakan sesuatu tanpa ada penambahbaikan atau impak yang baru.

“Sebab itu kalau kita lihat Impact Malaysia ini bukan pengisian lama, ia sama sekali berbeza,” katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Impact Malaysia di Puchong, hari ini.

Katanya bukan semua program era lama akan dijenamakan semula seperti Fit Malaysia Rakan Muda, Parlimen Belia dan Perdana Fellowship.

Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM10 juta kepada Impak Malaysia bagi mencapai matlamat ke arah pembangunan belia dan inovasi sosial.


Bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), beberapa program era BN telah dijenamakan semula dengan nama baru.

Antaranya termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjadi Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Program Permata Negara (Permata) dijenamakan semula sebagai Genius. – MalaysiaKini

Kategori