Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PKP: Negeri Perlu Selaraskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meminta segala pelaksanaan perintah berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

“Peletakan Jawatan Saya Adalah...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menerima...

Nora Akur Permintaan Suami,...

KUALA LUMPUR - Akur dengan permintaan suaminya Nedim Nadzri, aktres Nora Danish berkata,...

‘Sami LV’ Akhirnya Dapat...

BANGKOK - Seorang bekas sami Buddha Thailand yang cetus kemarahan umum kerana tunjuk...

Husam Musa Dilantik Pengerusi Baharu KADA

KOTA BHARU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melantik Senator Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pelantikan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana keperluan dalam Akta KADA 1972.

Beliau berkata, pelantikan itu diharap dapat memastikan urustadbir dan pembangunan KADA dapat dilestarikan serta memastikan ia pantas bergerak ke hadapan dalam memajukan jelapang padi kedua terbesar negara.

“Apabila kita bercakap tentang jaminan bekalan makanan, KADA bukan sahaja perlu mengekalkan bahkan mengeluarkan hasil yang lebih baik pada masa hadapan.

“Pelantikan Husam sebagai Pengerusi KADA yang merupakan anak jati Kelantan dan berpengalaman sebagai Exco Kerajaan negeri akan dapat jadi katalis kepada KADA di samping komitmen kuat daripada para pegawai.

“Halatuju utama kementerian adalah memajukan semua sektor dalam bidang pertanian termasuklah dalam industri padi dan beras negara,” katanya selepas menyerahkan watikah pelantikan kepada Husam di Ibu Pejabat KADA, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pelantikan Husam mengambil masa sedikit kerana Akta KADA 1972 mengkehendaki perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.


“Dua akta iaitu Akta KADA 1972 dan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 1972 memerlukan lantikan Pengerusi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berbanding (agensi) lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam kementerian,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut diumum sebagai Pengerusi baharu MADA juga berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Salahuddin berkata, walaupun kontrak sebagai Pengerusi KADA adalah bagi tempoh dua tahun namun beliau tidak teragak-agak untuk menukar tempat itu kepada orang lain jika prestasi Husam tidak memuaskan.

“Saya rasa saya telah berikan seorang calon yang layak mewakili kerajaan Pakatan Harapan tetapi saya tidak akan tunggu sehingga dua tahun jika dia tidak ‘perform’, begitu juga dengan lantikan-lantikan di agensi lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori