• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Larang Muat Naik Prosiding Najib, Beri Komen

oleh
22/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hakim kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menolak hujah peguam bela untuk siaran secara langsung perbicaraan tersebut pada masa kini.

Malah beliau menegaskan sebarang rakaman video prosiding mahkamah tidak boleh sesekali dimuat naik serta dikongsikan selepas ini.

Jelas beliau, laporan polis mengenai tindakan bekas pegawai Najib memuat naik video berdurasi 12 saat pada hari ke-5 perbicaraan Khamis lepas telah pun dibuat dan perkara tersebut kini dalam siasatan.

“Perlu saya ingatkan di sini, sebarang bentuk rakaman CRT diberikan kepada pasukan pendakwaan dan pembelaan adalah untuk menyediakan nota prosiding. Ia bukan untuk disiarkan atau dimuatnaik media sosial.

“Malah, masyarakat turut diingatkan untuk tidak membuat sebarang komen atau ulasan yang boleh memprejudiskan kes selepas ini. Seandainya ini berlaku, perbuatan ini dianggap sebagai menghina mahkamah.

“Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan mahkamah tidak lagi memberikan rakaman berkenaan kepada kedua-dua pihak,” tegas beliau.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan saksi pendakwaan kelapan, pemilik syarikat Syadilah Enterprise, Daud Mohamed, 53, yang merupakan seorang kontraktor untuk memberi keterangan kerja-kerja selanggara pendingin hawa, pendawaian serta atap bocor selain pembinaan dua tangki air.

Kelmarin Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil memuat naik rakaman transkrip video Court Recording and Transcription (CRT) perbicaraan Najib menerusi akaun Facebook beliau.

Isham yang merupakan bekas pegawai khas Najib mempersoalkan di manakah dalam peraturan mahkamah dinyatakan tidak boleh memuatnaik rakaman CRT perbicaraan awam dalam Facebook atau di media sosial atau di mana-mana media. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd