• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gnanaraja Berdepan 68 Tuduhan Ubah Wang Haram

oleh
08/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan yang didakwa menipu sebuah syarikat dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang, kini berdepan 68 pertuduhan pengubahan wang berjumlah RM11.4 juta.

G Gnanaraja didakwa mengarahkan RM11.4 juta yang dipercayai hasil aktiviti haram, dalam akaun bank Bumi Muhibah Capital Holdings Sdn. Bhd., di mana beliau dikatakan menjadi pengarah dari 28 Julai 2017 hingga 18 Januari 2018, dibayar kepada pelbagai syarikat dan individu.

Jumlah tertinggi RM2.4 juta dibayar kepada sebuah syarikat Matthew Ong & Associate, manakala RM2.2 juta dibayar kepada Kementerian Dalam Negeri.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, dia boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda daripada jumlah wang haram itu.

Dua jurubahasa mengambil masa lebih sejam untuk membaca semua 68 pertuduhan itu kepada Gnanaraja di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob.

Dia dibenarkan diikat jamin RM50,000 dan diarah menyerahkan satu geran tanah kepada mahkamah sebagai sebahagian syarat jaminannya.

Timbalan pendakwa raya, Allan Suman Pillai memohon pertuduhan itu didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam, di mana dia didakwa dengan 3 pertuduhan menipu minggu lalu.

Peguam, Geethan Ram Vincent yang mewakili Gnanaraja tidak menolak pemindahan kes itu.

Minggu lalu, Gnanaraja didakwa menipu Pengarah Eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd., Zarul Ahmad Mohd Zulkifli sebanyak RM19 juta pada 2017.

Dia dikatakan memperdaya Zarul untuk percaya dia boleh membantunya menutup siasatan pengubahan wang haram terhadapnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Gnanaraja boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda atau disebat. – FMT

Tags: Pengubahan Wang HaramPulau Pinangterowong dasar laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd