• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksperimen Hasilkan Corak Mirip Kecederaan Dada Adib

oleh
17/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Corak yang terhasil pada model patung (mannequin) akibat hentaman pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) mirip dengan kecederaan sagat dan lebam pada dada allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Meskipun tidak 100 peratus sepadan namun bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Dr. Shahrom Abd Wahid yang menjalankan eksperiman itu berpendapat ia boleh dianggap sama.

Oleh itu beliau percaya Muhammad Adib ditarik dan mengalami kecederaan pada dada depan terlebih dahulu sebelum dihentam sekali lagi sehingga tujuh rusuk kiri belakangnya patah.

“Kita hentakkan pintu pada model patung dan pada masa yang sama ia ditarik keluar jadi kita dapat corak sedemikian rupa (macam dalam gambar) kemudian kita padankan dengan kecederaan pada dada kanan mangsa.

“Kita tolak sekuat hati objek ke pintu EMRS dan menghasilkan corak yang berpadanan gambar ini (gambar dada mangsa yang ada luka sagat).

“Jadi pada pendapat saya corak sebegini lebih terhasil (mirip walau tak sempurna) seolah-olah hentaman daripada pintu EMRS boleh menyebabkan kecederaan sebegini pada dummy,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini.

Shahrom yang hari ini dipanggil sebagai saksi inkues kematian anggota bomba yang bertugas pada malam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman untuk hari kelima turut menolak sekerasnya bahawa bahu jalan punca kepatahan pada rusuk kanan Adib.

Sebaliknya kesan luka yang dilihat sepadan dengan getah pada daun pintu EMRS.

“Saya cari objek lain yang boleh mengena tubuh masa yang menyebabkan kecederaan berbentuk seperti ini.

“Daripada lakonan (semula) (Polis Diraja Malaysia) PDRM bahagian bahu jalan tidak sesuai. Kita ambil gambar pun tak sesuai juga tidak padan langsung. Memang tidak padan langsung.

“Saya cari sepanjang-panjang bahu jalan kalau ada tombol di bahu jalan, jadi sepanjang-panjang jalan saya tengok tidak ada yang menonjol untuk menyebabkan luka sagat di tengah dada yang bersesuaian dengan tombol getah,” menurut Shahrom.

Sebelum ini, Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi berpandangan Adib dihentam pintu van yang mengundur akibat ditolak jentera jentera Fire Rescue Tender (FRT) kemudian jatuh ke bahu jalan. – MalaysiaGazette

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd