• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Negara Lemah Sebab Luar Kawalan Tak Betul

oleh
17/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelemahan ekonomi semasa negara yang didakwa kerajaan berlaku akibat faktor dunia dan di luar kawalan adalah tidak betul.

Ini kerana, pasaran negara-negara lain meningkat dan Malaysia satu-satunya yang mengalami kerugian.

Datuk Seri Najib Razak berkata, pasaran saham negara sedang ‘U-turn’ ke belakang ketika negara-negara lain sedang maju.

“Malaysia adalah “sole loser”. Kita diberi gelaran oleh Bloomberg sebagai paling corot di dunia untuk tahun 2019 ini,” kata bekas perdana menteri itu dalam hantaran di Facebook.

Menurut beliau, keadaan seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Semalam, Bloomberg melaporkan, penanda aras Indeks FTSE KLCI susut sebanyak 14 peratus daripada rekod Mei 2018 dan ia merupakan pasaran utama paling teruk di dunia setakat ini pada tahun ini.

Pasaran tempatan mengalami penurunan sebanyak 3.5 peratus ketika ekuiti global meningkat didorong oleh langkah Rizab Persekutuan yang mengekalkan kadar faedah dan potensi perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Samsung Asset Management Co. mengunjurkan prospek suram pasaran saham Malaysia yang tidak nampak akan berakhir lagi.

Indeks saham jatuh ke paras terendah sejak 2016 minggu lepas walaupun harga minyak mentah, salah satu eksport utama telah meningkat sebanyak satu pertiga tahun pada 2019.

“Persepsi bahawa Malaysia adalah satu-satunya benefisiari di Asia daripada kenaikan harga minyak adalah kejatuhan “Peningkatan harga minyak adalah negatif bagi Malaysia” kerana ia mengimport lebih banyak produk minyak daripada apa yang dieksportnya sebagai minyak mentah,” kata Alan Richardson, Pengurus Dana Serantau di Samsung Asset di Hong Kong.

Pelabur asing telah melupuskan saham Malaysia bernilai lebih daripada AS$500 juta setakat ini pada 2019, menurut data yang dikumpulkan Bloomberg.

Bank Negara Malaysia pada bulan Mac lalu berjanji untuk mengekalkan dasar monetari akomodatif memandangkan kedudukan risiko global bergantung kepada ekonomi perdagangan.

Namun, Pengurus Dana di Aberdeen Standard Investment, Bharat Joshi berkata, bukan semua menurun dan memberi ‘neutral’ kepada saham Malaysia dan melihat penambahbaikan dalam saham-saham infrastruktur dan berkaitan minyak.

Saham-saham pembinaan serta minyak dan gas akan mengatasi pasaran berikutan pemulihan rundingan semula projek-projek termasuk Link Laluan Pantai Timur dan pemulihan harga komoditi, katanya.

Walau bagaimanapun, Joshi dan Richardson, berkongsi pandangan bahawa prestasi kerajaan dan syarikat baharu yang lemah telah menimbulkan sentimen yang ketara.

Richardson berpandangan kelemahan dalam pasaran saham Malaysia bukan kerana terdapat risiko penurunan, tetapi “tidak ada apa-apa yang positif untuk selama 12 bulan akan datang.” – MalaysiaGazette

Tags: BloombergEkonomiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd