• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Perak Kecoh Isu ‘Kafir’ Kerjasama UMNO, PAS

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sidang DUN Perak, petang ini kecoh dengan pertikaian penggunaan istilah ‘kafir’ membabitkan Exco dari Amanah dan wakil rakyat PAS.

Kekecohan tercetus apabila Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi menyatakan kebimbangan gabungan UMNO dan PAS akan menyuburkan budaya mengkafirkan pihak lain hanya kerana tidak sependapat dalam perjuangan politik.

Beliau berkata, budaya mengkafirkan orang dengan sewenangnya adalah terlalu asing bagi rakyat Malaysia dan ia lebih teruk daripada digelar Taliban.

“Kebimbangan kerajaan PH atas gabungan UMNO dan PAS ini bukan kerana kami takut, tetapi bimbang jika ia menyuburkan budaya takfiri.

“Berkawan dengan UMNO tapi mengkafirkan orang lain. Itu yang kami bimbangkan, jika nak bergabung, bergabunglah, kami di pihak PH tidak sakit hati, tetapi jangan diulang-ulang perkataan (kafir) itu,” katanya ketika ucapan penggulungan perbahasan.

Wakil rakyat Amanah itu turut memperdengarkan kepada Sidang Dewan rakaman audio yang didakwa ucapan seorang pimpinan PAS Pusat.

“Islam itu apa sebenarnya hingga meletakkan hukum bukan pada tempatnya dan mengkafirkan semua orang hanya kerana tidak sehaluan dan berada dalam politik yang sama,” soalnya.

Razman Zakaria (Gunung Semanggol-PAS) kemudian bangkit menerangkan bahawa perkataan kafir itu sendiri disebut dalam al-Quran dan difahami ramai.

“Jika di pihak sana mengatakan Islam dibawa PH yang diterajui DAP itu adalah Islam sebenar, silakanlah,” katanya.

Keadaan itu turut menarik perhatian Datuk Abdul Manaf Hashim (Pengkalan Baharu-BN) yang mengatakan ketika berada dalam PAS dahulu, wakil rakyat Manjoi itu juga terbabit sama (menggelar UMNO kafir).

ADUN Trong dari BN, Jamilah Zakaria turut bangkit meminta penjelasan dan bukti sekiranya ada kenyataan daripada pemimpin UMNO dan PAS mengkafirkan mana-mana pihak.

Kekocohan berlangsung selama kira-kira 20 minit sebelum Speaker Dewan, Datuk Ngeh Koo Ham meminta Sidang Dewan berbahas dalam keadaan bertenang, tanpa terjerit-jerit. Di akhir perbahasan kemudiannya, Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak menghampiri Asmuni dan bersalaman. – Sinar Harian

Tags: AmanahDUN PerakPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd