• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dakwa Saya, Keluarga, Bekas Pegawai Jika Salah”

oleh
30/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan dirinya, anggota keluarga atau mana-mana individu termasuk bekas pegawainya perlu didakwa sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Beliau berkata pendirian tersebut bukan perkara baharu sebaliknya konsisten sejak dahulu lagi dan sudah dimaklumkan kepada agensi penguatkuasaan.

“Isu tentang bekas pegawai saya, saya konsisten dari dahulu lagi sama ada pegawai saya, mantan pegawai saya ke, keluarga saya ke atau diri saya sendiri… kita tidak boleh meletakkan diri kita melebihi undang-undang.

“Jadi, kalau mereka salah, siasatan dijalankan dan bawa ke mahkamah dan didakwa… Jangan cuba mengaitkan dengan isu politik atau dengan diri saya kerana saya punya pendirian konsisten dari dulu lagi what is wrong, is wrong…kalau langgar undang-undang dakwa, cuma jangan dianiaya mereka ini,” katanya.

Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini, hari ini.

Hari ini, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan seorang lelaki bekas pegawai khas kepada bekas menteri yang disyaki menjadi dalang mengatur projek-projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta, direman tiga hari.

Reman sehingga Khamis itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian.

Tags: Hishamuddin Husseinpegawai khasSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd