• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Jatuh Ke Paras 52 Minggu Terendah

oleh
11/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia susut 15.23 mata kepada 1,624.23 mata petang ini, menjadikannya jatuh ke paras terendah dalam tempoh 52 minggu.

Dalam sesi dagangan tengah hari, indeks FBM KLCI itu merosot sebanyak 0.69 peratus kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Pasaran tempatan menyaksikan 620 kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 275 manakala 390 kaunter tidak berubah.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul kaunter paling rugi apabila susut sehingga 52 sen atau 4.13 peratus kepada RM12.06 sesaham susulan laporan Bloomberg yang pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menjual saham TNB menerusi penempatan saham bagi meraih RM1.05 bilion.

Bloomberg yang memetik terma urus niaga itu melaporkan, Khazanah menawarkan untuk menjual 85 juta saham TNB pada RM12.33 sesaham yang mana mewakili pengurangan dua peratus berbanding kali terakhir saham itu ditutup pada RM12.58 sesaham.

Harga saham TNB pernah mencapai setinggi RM16.12 sesaham yang direkodkan pada 4 Mei 2018.

Bagi FGV Holdings Berhad pula, sahamnya susut 5 sen atau 3.85 peratus kepada RM1.25 sesaham selepas firma penyelidikan, AllianceDBS Research berkata, pemegang saham FGV kemungkinan tidak berminat dengan cadangan semakan semula perjanjan sewa tanah (LLA) oleh Felda.

Dalam nota kajiannya hari ini, AllianceDBS berkata, keadaan itu memandangkan ia dijangka meningkatkan jumlah bayaran yang lebih tinggi kepada FGV.

“Sebarang urus niaga yang menyebabkan bayaran tinggi daripada FGV kemungkinan tidak dipersetujui pemegang sahamnya. Tambahan pula, Felda mungkin perlu membayar pampasan kepada FGV mengikut terma dan syarat LLA jika mahu mengubah atau menamatkan LLA,” katanya.

LLA adalah perjanjian selama 99 tahun antara Felda dan FGV. Di bawah LLA, FGV membayar sebanyak RM248 juta setahun kepada Felda dan 15 peratus keuntungan ladang setiap tahun.

Untuk prestasi ringgit pula, ia ditutup pada RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Semalam, mata wang tempatan itu merosot sehingga 0.32 peratus ke paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan berbanding dolar AS, susulan sentimen berhati-hati di seluruh Asia apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun unjuran pertumbuhan dunia.

Menurut Kenanga Research dalam nota kajiannya, ringgit diunjur berlegar sekitar RM4.10 menjelang hujung tahun ini memandangkan asas ekonomi akan terus menjadi penampan berbanding jangkaan perdagangan global yang perlahan.

Katanya, dalam masa sama, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) juga diunjur perlahan pada suku pertama 2019 dianggarkan 4.4 peratus berbanding 4.7 peratus yang direkodkan pada suku keempat 2018. – UTUSAN ONLINE

Tags: bursa malaysiafbm klci
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Dagangan Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

13/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri dagangan tidak menentu pada Khamis, dipacu oleh sokongan belian berterusan dalam saham wajaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd