• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Mayat Guna Perkhidmatan Grab

oleh
03/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Mayat warga Bangladesh berbungkus dengan selimut yang dibuang di tepi kedai hadap­an Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara di sini pada Isnin lalu dibawa menggunakan perkhidmatan Grab.

Difahamkan, suspek membuang mayat itu kira-kira 10 kilometer dari lokasi pembunuhan di rumah sewa mereka di Taman Lestari Perdana di sini.

Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pendedahan itu terbongkar selepas polis menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang merupakan buruh binaan di kawasan Serdang semalam.

Katanya, hasil siasatan lanjut salah seorang daripada suspek mengaku membunuh mangsa yang juga buruh binaan berikutan tidak puas hati membabitkan masalah pekerjaan.

Jelas Ismadi, suspek juga mengaku menghentak mangsa menggunakan objek keras pada bahagian kepala ketika dia sedang tidur.

“Suspek mengaku bawa mayat menggunakan perkhidmatan Grab dengan mendakwa sedang melakukan pemindahan rumah.

“Susulan itu, suspek menumpang di rumah rakannya yang ditahan bersama, namun lelaki itu tidak terlibat dalam pembunuhan terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 8 April ini, namun rakannya akan dibebaskan selepas siasatan selesai.

Kosmo! Online semalam melaporkan polis mengenal pasti jantina mayat individu dewasa yang ditemui berbungkus de­ngan selimut.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati mangsa seorang lelaki warga asing dan dipercayai mati sejak dua atau tiga hari lalu berdasarkan kea­daan mayat yang mula mereput. – K! ONLINE

Tags: buang mayatGrab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial mendakwa adiknya berdepan pengalaman mencemaskan apabila pemandu perkhidmatan e-hailing dipercayai menggunakan telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd