• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos Amazon Catat Rekod Perceraian Termahal

oleh
07/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Lelaki terkaya di dunia, Jeff Bezos yang juga pemilik Amazon dan bekas isterinya Mackenzie, mencatat rekod perceraian termahal, berjumlah AS $35 bilion (RM143 bilion).

Mackenzie, 48, dilaporkan akan mengekalkan empat peratus pegangan saham dalam firma perniagaan runcit atas talian yang diasaskan Bezos, 25 tahun lalu.

Bezos, 55, pula kekal menguasai pegangan saham terbesar Amazon, selain itu Mackenzie turut melepaskan kepentingannya dalam akhbar Washington Post dan agensi pelancongan angkasa lepas, Blue Origin kepada bekas suaminya itu.

Dalam pengumuman menerusi laman Twitter, Mackenzie yang juga seorang penulis novel berjaya, bersyukur proses perceraian bersama bekas suami telah berakhir selain amat menghargai sokongan yang diterimanya.

Pasangan Bezos – Mackenzie yang mempunyai empat orang anak telah berkahwin sejak sebelum Bezos menubuhkan Amazon pada 1994, dan Mackenzie merupakan antara pekerja terawal yang berkhidmat di syarikat terbabit.

Menurut majalah Forbes, perceraian tersebut menjadikan Mackenzie wanita ketiga terkaya di dunia selepas pewaris L’Oreal, Francoise Bettencourt Meyers dan Alice Walton, pewaris perniagaan Walmart.

Laporan oleh sebuah majalah tempatan sebelum ini mendakwa Bezos menjalin hubungan bersama bekas hos Fox TV, Lauren Sánchez, namun Bezos menganggap dakwaan terbabit sebagai peras ugut. – Agensi

Tags: amazonJeff BezosPerceraian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

Pelaburan RM25.5B: Amazon Percaya Urus Tadbir Politik Malaysia

Pelaburan RM25.5B: Amazon Percaya Urus Tadbir Politik Malaysia

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Keputusan Amazon Web Service (AWS) membuat pelaburan sebanyak RM25.5 bilion di Malaysia kerana syarikat gergasi teknologi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd