• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersedia Hadapi Cabaran Berita Palsu Era Teknologi 5G

oleh
29/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) disaran agar bersedia menghadapi pelbagai cabaran termasuk ancaman penyebaran berita palsu dalam arus Teknologi Mudah Alih Generasi-5 (5G).

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Shakib Ahmad Shakir berkata pengamal media turut digesa memanfaatkan penggunaan teknologi 5G itu dalam memperincikan pelbagai maklumat sekaligus membendung penyebaran berita palsu.

“5G atau 4G sebenarnya penyampaian berita palsu masih boleh berlaku cuma 5G ini ia lebih cepat dan boleh percepatkan proses kerja kita jadi apabila sesuatu perkara itu dipercepatkan maka berita palsu yang disampaikan akan lebih cepat disebarkan berbanding sebelum ini. Jadi peranan kita, kita akan dipertingkatkan untuk menangani cabaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bersama Agensi KKMM di Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shakib turut mengingatkan semua kakitangan jabatan dan dan agensi KKMM antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya turut memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat di negara ini.

“Ancaman berita palsu yang tersebar menerusi ledakan teknologi disalahguna oleh pihak-pihak tertentu jadi di sinilah kita memainkan peranan menyampaikan maklumat yang tepat kepada mereka (masyarakat),” beliau berkata.

Tegasnya, masyarakat juga perlu sedar penyebaran atau perkongsian berita palsu merupakan suatu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Tags: 5Gberita palsuKKMMTeknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

26/07/2023
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan menafikan 'Elaun Madani' akan diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ikuti Mynewshub: Telegram Kementerian itu dalam satu...

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

23/05/2023
0

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak percaya berita palsu dan membuat pembelian panik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd