• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bazar Ramadan Jalan TAR Hilang ‘Seri’

oleh
29/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pakar ekonomi berpandangan tradisi dan kemeriahan bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur yang sinonim dengan orang Melayu terutama sempena perayaan Aidilfitri mungkin sedikit terhakis.

Profesor Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, ia susulan perubahan lokasi bazar Ramadan Jalan TAR yang selama ini sinonim dengan orang Melayu yang dipindahkan ke Jalan Raja.

“Jalan TAR menjadi seperti tradisi orang Melayu berbuka puasa serta membeli-belah setiap kali Ramadan.

“Bila tukar tempat atau lokasi baharu, semua akan berubah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Amir Hussin memberikan gambaran situasi Jalan TAR ibarat sekiranya pusat pentadbiran Putrajaya berpindah ke Kuala Lumpur pastinya keadaan dan persekitaran berbeza sama sekali.

Pada masa sama katanya, keserasian dengan lokasi baharu pasti memberikan kesan kepada peniaga dan pelanggan sekali gus menjurus kepada kemungkinan risiko perniagaan merundum.

“Pengunjung biasa beli-belah di situ serta di gedung-gedung perniagaan berhampiran Jalan TAR, Bila bazar Jalan TAR pindah, mungkin ada pengunjung tak serasi dengan tempat baharu itu. Keserasian dan keselesaan itu sudah hilang,” jelasnya.

Bagaimanapun, bagi pakar ekonomi, Profesor Dr. Barjoyai Bardai, perpindahan lokasi Jalan TAR mungkin tidak memberi kesan ketara kerana orang Islam berbelanja lebih di bazar Ramadan untuk bagi persiapan lebaran.

“Kuasa beli rakyat Malaysia khasnya orang Melayu makin bertambah setiap tahun. Kumpulan orang muda Melayu pula walaupun pendapatan masih dalam lingkungan RM3,000 tetapi golongan ini telah berbelanja lebih daripada kemampuan hidup.

“Perbelanjaan ini disokong melalui kad kredit dan pinjaman. Ini bukan sesuatu yang positif tetapi realitinya kuasa beli orang Melayu sudah meningkat,” katanya.

Dari segi lokasi perniagaan bazar Ramadan, adakalanya pemindahan sesebuah tempat perniagaan mampu memberi impak positif dan lebih berdaya maju.

“Contohnya pemindahan uptown di Damansara Utama dan Uptown Bangi yang dipindahkan ke kawasan berhampiran Kajang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: bazar ramadanJalan TAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd