• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barisan Exco Johor Yang Baharu Pasukan Muhyiddin

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Exco Negeri Johor yang baharu dilihat adalah pasukan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penganalisis politik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Md Akbal Abdullah berpendapat, bayangan Muhyiddin jelas kelihatan dalam senarai baharu tersebut.

“Pada saya soal kem itu nombor dua, tapi saya anggap barisan Exco baharu ini… inilah pasukan Muhyiddin.

“Maknanya mereka akan beri tumpuan kepada negeri ini. Nama-nama disenaraikan itu pun yang setia pada Muhyiddin,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, barisan sebelum ini di bawah pentadbiran Menteri Besar Johor lama, Datuk Osman Sapian kelihatan longgar.

“Dalam tempoh lebih kurang 10 bulan ini tujuh Exco lama kita lihat masih perlahan di bawah kepimpinan menteri besar lama.

“Tapi tak tahulah jika mereka berubah di bawah menteri besar baharu,” katanya.

Mengenai pelantikan orang lama, Tosrin Jarvanthi dalam barisan Exco kali ini, Dr. Md Akhbal berkata ADUN Bukit Permai itu boleh membimbing Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

“Beliau orang lama dalam politik Johor, malah orang paling berusia dalam senarai Exco serta wakil rakyat PH.

“Kehadiran beliau boleh bantu dan bimbing menteri besar dalam pelbagai hal,” katanya.

Semalam, Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu selamat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Istiadat pelantikan kesemua barisan Exco Kerajaan Negeri tersebut berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.

Barisan Exco yang dilantik di bawah kendalian Dr. Sahruddin turut menampilkan tiga wajah baharu manakala selebihnya adalah Exco terdahulu yang dikekalkan.

Exco sebelum ini yang mengangkat sumpah adalah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr. S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah), Sheikh Omar Ali (Paloh) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Tiga wajah baharu yang dilantik adalah Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang) dan Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai).

Ketiga-tiga nama baharu itu menggantikan slot Exco ditinggalkan Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Tan Hong Pin (Skudai) dan Dr. Sahruddin yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Dalam pada itu, Dr. Sahruddin berkata, barisan kepimpinan baharu kerajaan negeri Johor diharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya selain mengetepikan permainan politik seperti yang berlaku sebelum ini.

Kesemua Exco yang dilantik telah diberikan amanah besar dan perlu bersikap jujur dan serta ikhlas dalam menjalankan tugas.

“Semua Exco dengan portfolio baharu ini diharap dapat menggalas tanggungjawab diberi dengan jujur, ikhlas dan penuh amanah serta mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri,” katanya.

Dr. Sahruddin berkata, pihaknya optimis untuk menjalankan tugas dengan sehabis baik selain berusaha memastikan kesemua janji dapat ditunaikan. – Sinar Harian

Tags: Exco JohorMuhyiddin YassinPPBMSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Saksi Pakar Inkues Adib Lapor Polis Dakwa Diugut

Next Post

Remaja 15 Tahun Ini Bakal Jadi ‘Usain Bolt’ Malaysia?

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Remaja 15 Tahun Ini Bakal Jadi 'Usain Bolt' Malaysia?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd